Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Tuesday, December 28, 2010

Sunway Lagoon Best !

Heloooo guys, what's up? lama betull Cha tak update blog kan. Kemalasan melanda , ditambah dengan masalah rumah tangga. Sekarang Cha nak story bout something. Semalam Cha pergi Sunway Lagoon. Actually tiket dapat murah , just RM50 sebab kami semua pergi rombongan ramai-ramai under Pusat Tusyen Ilmu Studio. Cha tak tusyen situ pun tapi boleh join sebab ada member tusyen kt situu. hehe. Cha Kira bertuah laa dapat tiket murah walaupun bukan tusyen kt situu. 


Gerak dalam pukul 8.30 pergi Setiawangsa untuk naik bas terus ke Sunway Lagoon. Cha ngn bestie, Kyra terpaksa berpecah sebab nama masing-masing terletak kat dalam bas yang lain. Sebab masalah-masalah tertentu, Cha orang terakhir yang masuk bas . Semua tempat penuuhhh ! Choiiiii ! >,<" ( dalam hati ; tak kan nak berdiri sepanjang masa) . So Cha duduk la bahagian bas belakang sekali . duduk atas lantai tahu ! Then ada one guy offer suruh duduk tempat dia. 


Boy ; You boleh duduk tempat i 
Cha ; Ehh, takpe-takpe. buat susah je
Boy ; Takpe, duduk je laa. its okayyy 
Cha ; Thank youuu yaaa .. 


Sepanjang masa perjalanan yang agak lama tuh, Cha senang lenang duduk atas bangku, dia duduk lantai sampai terhangguk hangguk tahan mengantuk . Bila bas ke kiri, dia pun ikutt ke kiri.. sama juga macam ke kanan. Kesian pulak laa Cha tgok guy tuh. Lepas sampai, masa turun bas, Cha sempat cakap 

Cha ; Heyyy youu, sorry laa bout tadi. Kesian you kena duduk lantai,mengantuk semuaa. I pulak boleh duduk atas bangku sedap-sedapp. ( buat muka comel haha )
Boy ; Its okayy , takpe takpe ( senyum ) 

Howwww sweeeeettttt he is ! <3 . Dah jumpa Kyra then masuk sunway , terus tukar baju.. Wahhh gila-gila happy. tapi yang tak tahan budak-budak perempuan tusyen lain pandang kiteorang berdua dengan pandangan sinis. memang mcm S>U>C>K !


Kat situ kiteorg interact dengan orang lain macam member lama. Boleh tolak2 pelampung diorang, pastuh diorang pulak tolak pelampung kiteorgg.. Dah jadi macam one BIG familyy.. Tapi lutut Cha luka sebab ada orang Barat ni nak terbalikkan pelampung kiteorg,, kononnyaa nak have fun laa. Masa Cha and Kyra tenggelam dalam air, lutut Cha terjejak kat lantai then terlukaa. berdarahh. Pedihh tak payah nak cerita memang terlampau pedihh.. Tapi setimpal la juga dengan apa yang Cha dapat. Happyy gila-gilaaaa !! <3


Muka hitam, badan putih. macam kuda belang



Banyak pic masa mandi tak sempat nak ambil. Hurmmm. maybe next time kot.. 



 Tenung masa silam ( thanks shaz sebab tolong editkan )
Bila lah si Hafiqi nak melamar aku?


Hari ni ialah hari terakhir Cha kat Malaysia. Esok dah berangkat pergi Jakarta. Sambut new year kat sana  dan mum pun nak selesaikan urusan kt sana.  Sorryy guyss, tak dapat sambut dengan korang semuaaaaaa . sob sob sob :'(  Tak dapat nak overnight kannnn :'( ( sedih betul )



Sekian saja buat lembaran pada kali ini, bertemu kita kembali di lembaran berikutnyaa ( dah macam surat ) hahaha. 
comel ke cantik? hahaha
ataupun buruk ? gedik ? budak2? 
kalau kutuk akan ada ketumbit besar2 bawah mata. miahahaa . 
pipi tembam. mcm mana nak kuruskan? kalau badan tuh boleh laa kurus,, jogging jee .. tapi pipi takkan nak joging guna pipi kot?? 

give me some tips.


Saturday, December 25, 2010

merry christmas and happy new year !!

Kepada semuaa bangsa yang beragama kristian , selamat menyambut HARI NATAL dan kepada semua orang tak kira beragama apa pun, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU yang bakal tiba tak lama lagi . hehe .. To my friend ; Hanz Kylle .. happy christmas <3 




Friday, December 24, 2010

Jam di lappy sudah menunjukkan pukul 3;32 pagi. dan aku still tak tidur lagi. Tadi pergi kerja pukul 8;30 dan balik pukul 5. Penatnyaa. Rindu zaman sekolah. tak perlu fikir pasal sesiapa, just perlu fokus belajar untuk kejayaan diri sendiri eventho tak suka pakai uniform sekolah hahaha . Balik rumah, surfing internet kejap then terus tidur sampai pukul 12 tgh malam. My mum pun tak bising tidur lama sangat sebab dia tahu anak dia penat cari rezeki , cewahhhhhhhh! *kenyit mata*



Esok kena bangun pagi, kol 9;00 pergi kerja, harap-harap dapat komisen lebih esok... oh godddddddddddd . im beggin. Sebenarnya banyak lagi aku nak luahkan, rasa hati ni ditekan sampai sesak, tp bila aku nak luahkan, tak tahu nak mulakan ayat dripada mana. I hope tommorow ill be fine . insyaAllah

Thursday, December 23, 2010

Luahan Hati Cha. Tak Perlu Baca

Penggunaan kata nama diri hari ini = AKU * baru puas nak luahkan perasaan kat blog ni*


Aku tahu aku tak boleh menjadi seorang girlfriend yang perfect. Sebab dia kata aku kedekut nak call. Relax la bro, aku bru abes sekolah kerja pun baru masuk hari ketiga, kalau aku dah kerja betul-betul aku call ko setiap hari sampai kau lemau. Tapi kau pun tak perfect kan. so adil laa. 


Ala setakat aku ni, mana layak jadi girlfriend kau , aku mana cantik ngan hot macam ex couple kau. semuanya menghadap kamera..lighting.... tuh kau kata dulu kan? tak tahu la betul ke tak tapi aku percaya jela. Nak dibandingkan dengan aku? Memang aku ketinggalan la kan. Aku tengok ramai juga perempuan-perempuan lawa ,cantik, hot borak ngan kau kan. Bapok pun ada. Walawehhh! Be proud of urself laa.,bro! Tapi, masa aku baca setiap status dan lain2 tentang kau ngn diorang, hati aku tersentap sekejap, lepas tuhh aku tak sakit hati langsung. Aku online buat macam biasa je happy ngn kengkawan. Kadang-kadang aku pun confius tentang hati aku. Hati aku ni just suka kat kau ke?? sekadar nak have fun je ke?? or ada kasih sayang untuk kau?? Waduhhhhh pening aku fikir doe!



Mana aku tahu, belakang aku , kau ada simpan perempuan lain ke kan. Aku dah ckp dulu, nak ada skandal ngn perempuan mana, bagitahu aku duluu, aku tak akan add  facebook perempuan tuh, nak buat apa add,lepas tuh jadi stalker,stalk ape kau borak ngn dia,thats not my style laa,tak guna bergaduh pasal lelaki yang bukan sah pun jadi suami lg.just tgok gmbr default cukup, nak tgok juga dia lawa ke tak, haha. tp bila aku ckp aku pun boleh ada skandal, reti pulak kau cakap tak boleh kan hahaha.



aku rasa kita couple pun bukan serious sangat pun, sebab aku tak rasa pun serious. macam couple budak-budak pun ada hahaha. apahal laa otak aku biol sangat boleh terima lamaran kau dulu, engkau la punya pasal pandai buat lawak sampay aku tergelak tengah2 malam. kan aku dah cair. Tapi kan, macam yang aku jangka, aku ni kan dah lama tak couple since break dengan ex couple aku yang dulu, so dah aku agak dah perangai kau bukan stick macam tuh sampai bila2. Lelaki selalu berubah. Masa nak tackle jbukan main pandai buat lawak, bila dapat? tengok laa sendiri dan buktinyaa aku terus jadi beku balikk sekarang.



Tapi aku tak kisah, sebab pemikiran kita tak sama, kalau aku jumpa kau tahun lepas dan sebelumnya, mungkin aku boleh masuk la dengan gaya hidup kau, sebab dulu aku pun macam kau yang sekarang. Cuma yang silapnya aku jumpa kau lambat . Masa aku dah berubah mendadak baru la kau datang dalam hidup aku. so haluan kita dah lain. Kau ikut kanan, aku ikut kiri. kau ikut belakang, kau ikut depan. alright? 




Dah laaa, pergi mampos la dengan cerita sedih aku ni. Sekarang cerita happy pulak, Tadi dalam around pukul 8 malam. My mum and aku terserempak dengan seorang lelaki. Dia tinggi lampai, putih, bergaya dengan baju kerja, suka sangat senyum kat orang tua especially mak aku. Aku tersengih-sengih dah masa tuh sebab tiba2 kutu gatal merayap satu badan. haha. dia tegur mak aku. dia cakap " Macekkk ( smbil senyum)" Mak aku balas " yeee, baru balik kerja, lambat balikk ( senyum ) " Bermula lah adegan senyum menyenyum antara diorang. Lepas tuh lelaki tuh panggil aku " adikk" Ohhh DAMNN! ADIK? WHT THE? pangkat adik je aku dapat? hahahaha. aku pun terpaksa lah panggil dia dalam panggilan "abang" . tak best laa abang haha




Masa abang tuh blaahhh, mak aku tersenyum la, aku dah tergelak2 besarr . Aku cakap " eleehhh suka la tuh" Mak aku tersenyum dan kata " handsome budak tuh, suka senyum, tinggi, badan tak gemok tak kurus, putih, segak pergi kerja, hormat org tua" sumpah tergelak besar aku bila dengarr. badan tak gemok tak kurus.hahaha.  Dalam hati aku, aku dapat agak yang mak aku suruh aku cari lelaki yang macam tuh, sikap dia yang hormat orang tua dan suka senyum tuh yang mak aku suruh aku crik,, pasal rupa tak penting, tapi kalau ada rupa tuh merupakan satu bonus... 



Akhirnya,, abang tuh berlalu dan menghilang di bawah lampu jalan raya......... byebye abangg .




SORRY LA GUYS, AKU PUAS SIKIT DOE SEKARANG LEPAS TULIS SEMUA NI.



Tuesday, December 21, 2010

May God Bless Me With My First Job

Hari yang Cha tunggu-tunggu telah pun tiba. Akhirnya saya telah di "interview" untuk bekerja di syarikat bos baru Cha,syarikat yang bernama Qis Qira Resources. Mula-mula berdebar sangat jantung ni, muka bos baru tuh garang sangat. Hehe. Tapi segarang-garang pun muka dia, dia pandai buat lawak masa interview. Sebenarnya Cha berkawan dengan anak bos tu, Syaqira. Kyra pun kena di "interview" sekali eventhough memang dah confirm akan diterima bekerja. :D


Masa interview yang penuh dengan gelak ketawa, ( Cha tengok dah tak macam interview dah pun ) , Cha and Kyra diajar dengan lebih lanjut mengenai kad kredit. Selepas itu, kami diajar pula tentang kelebihan-kelebihan Kad Kredit-i Bank Rakyat bermaksud Kad Kredit Islamik Bank Rakyat. Wahh Cha dah mula rasa sikit-sikit macam orang besar. hihi . Seronok bila dapat tahu tentang semua ni. 


Cha bekerja bukan full time di dalam office je, Cha pun akan pergi tempat-tempat lain yang ada buka kaunter Kad Kredit-i Bank Rakyat contohnya kat karnival, depan bank, or tempat-tempat lain. Kalau terjumpa tuh,, tegur-tegur la ye. jangan lupa bawak mak ayah untuk apply kredit kad. haha


Kalau korang nak tahu, Kad Kredit-i Bank Rakyat ni lain daripada yang lain. Pada masa  sekarang Bank Rakyat sudahpun melonggarkan sedikit syarat-syarat permohonan untuk dapatkan kad kredit. Makcik yang berniaga pisang goreng pun bleh apply kad kredit classic dengan syarat gaji RM1500 dan ke atas.  Kalau kad kredit Gold gaji dalam RM3000 ke atas. Kalau kita bayar balik hutang pada masa yang ditetapkan, tak akan ada faedah yang dikenakan! Setiap RM10 wang yang kita gunakan dengan kad kredit, kita akan dapat point. Apabila satu tahap point tuh dah cukup, kita bleh tukarkan point tuh kepada nilai wang atau percutian atau  umrah. 



Perkara yang Cha ceritakan tadi baru 5 % daripada kelebihan-kelebihan lain. Ada banyak lagi kelebihan lain! So, bagi sesiapa yang inginkan keterangan lebih lanjut, silalah berhubung dengan saya. Cuma hantar message kepada saya di Facebook. dan nanti saya akan terangkan maklumat lebih lanjut dan mungkin kita boleh berjumpa masa Cha bekerja. Kalau nak promote kat saudara mara or ibu bapa pun booooooleh. hehehehe





Sunday, December 19, 2010

Lelaki

Dulu masa kecik-kecik dalam lingkungan 12 hingga 14 tahun . (Sekarang 17 kira dewasa lah tu hehe.) Masa dulu Cha selalu sangat tengok cerita-cerita cinta. filem Korea yang romantik dan kelakar . Bila pasangan tuh bertemu secara tiba-tiba lalu bergaduh, lama kelamaan jatuh cinta. filem Hindustan pun tak ketinggalan. Dulu Cha siap practise nyanyi sambil menari lagu hindustan masa mum takde rumah.  Bila mak balik marah sebab bunyi bising dengan lagu Hindustan, buat muka tak tahu. Hahaha. Lepas je tengok filem-filem macam tuh, confirm masa tidur mesti mimpi bab bercinta. haha




Sampai sekarang pun Cha tengah fikir siapalah lelaki tu. mengelamun sekejap... Masalahnya still tak jumpa lagi. Sebab tak semua perfect macam ada kat filem-filem yang Cha tengokk. Ye la mana tak nya. Filem semua tu guna pelakon-pelakon perempuan yang comel, cantik, lawa. Pelakon lelaki pulak jangan cerita.Memang dibuat tak tidur malam. Hahaha. Lepas tuh, mesti ada salah satu yang kaya, berpelajaran. siapa tak nak kan. Macam bestie Cha selalu cakap, zaman sekarang susah nak dapat yang perfect macam tuh. Penah jumpa lelaki yang macam ni .....  

  1. Handsome
  2. Pandai
  3. Kaya
  4. Berperangai elok


Kalau korang ada jumpa, lebih baik cepat-cepat tackle jangan terlepas dek orang lain. hahaha. Kenapalah filem-filem cinta tak guna pelakon yang tak berapa nak ada rupa. Barulah penonton yang tengok tak terpengaruh nak cari lelaki yang handsome je kat dunia nyata ni. haha. macam saya.  Eh bukan-bukan. macam member saya.  Sebab Cha ni salah satu peminat filem Hindustan, malam ni Cha nak mimpi pasal seorang putera bawak kuda putih sambil pakai baju pengantin jemput Cha pergi kahwin. Bhahaha. Ni semua filem Chori Chori Chupke Chupke punya pasal !!



perbualan Cha dengan Mum pada suatu ketika dahulu . Lama sudah

Cha ; Mum, nanti kan. masa orang dah besar, orang nak kahwin dengan lelaki handsome 
Mum ; Amboii, orang tengok hati bukan tengok muka. Tengok muka lama-lama tua juga 
Cha ; Takpelah, orang nak kahwin dengan orang Barat
Mum ; (senyap sekejap) . Hmmmm (keluh) . Kahwin la kalau kau dapat . Hahahah  
Cha ; Haishhh ( geram)

Friday, December 17, 2010

Okay Aku Memang Marah !

U know what? Benci betul dengan tulisan text yang ada tanda seru. Tanda (!!!!) . Bila kita translate kepada percakapan, ia akan berbunyi seolah kita sedang menengking dengan nada yang tinggi. Bila kita baca text yang setiap satu ayat ada tanda (!!!) , maknanya setiap masa la dia menengking-nengking kan? Haha hows funny! 


Aku jenis tulis yang seciput-ciput dan kadang-kadang susah gila nak tulis tanda titik. Tanda (.......) Kalau boleh semua tulisan nak shortform. Muahahaha melampau betul la kan. Kalau aku marah pun , tak pernah pun letak tanda (!!!!!!) . Orang tak akan tahu sama ada aku tengah marah. 




Tapi cukup melampau la kan bila aku texting panjang-panjang for once, then nak tanya something. Lepas tuh direply seciput sekali dengan tanda (!!!!!!) Damnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn! (baca panjang-panjang jangan lupa amek nafas) . Aku terasa kot. Dan memang marah! Bencinyaa. Its complicated for me!



P/S ; Sorry im using "rude" word. like Aku . Maybe its normal for you. But for post in my blog. Perkataan "Aku" is not a polite word. Sorry again . Im out of the control just now

Tuesday, December 14, 2010

Saya Terima Maaf Awak

Mood ; Kedua tapak tangan melecet . Pedih weh! :(  ( nak bermanja jap )

Setiap manusia biasa pernah buat kesalahan. Ada kesalahan kecil, sederhana, besar . Kalau orang yang berhati lembut, dia akan berfikir sejenak tentang perbuatan yang dia dah lakukan dan akhirnya minta maaf atas kesalahan dia. Tapi kalau hati batu macam si Tanggang ( teringat tengok cerita Malin Kundang tadi :P ) , mestilah tak akan minta maaf punyer! Masa tu dah boleh sumpah seranah dia da. Kau tunggu la pembalasan kat padang mahsyar! tungguu! Tu jela yang boleh kita kata



TAPI, boleh ke kita maafkan dia lepas apa dia dah buat?  Apalagi bila dia pernah menduakan kita dengan perempuan lain. Cha bukan cerita tentang hidup Cha, tentang hidup orang lain yang mungkin boleh dikongsi bersama. Bagi individu yang pernah dicurangi, mesti pedih gila kan hati? Macam rasa hati tu kena tekan dan ditekan sampai rasa kita tak berada kat muka bumi ni. Cha pernah rasa macam tu. hehe . 



Kesimpulannya, kenal la dulu si Dia dengan sebaiknya. Dan bagi la dia peluang sekali lagi. Maximum 3 kali. Kalau still tak berubah macam hangat-hangat tahi kucing, better lepaskan sebab perangai dia yang menyakitkan hati tu dah melekat macam Gam Gajah! Sebenarnya korang faham tak apa Cha nak cuba sampaikan dalam post kali ni? Cha tengah menaip sorang-sorang dan tak tahu apa yang aku merepek ni T_______T . 



P/S ; Saya baru saja buat wordpress. So ini bermakna sekarang saya dah ada 2 blog! Jenguk-jenguk lah blog saya lagi satu tuh. Cikai-cikai je sebab baru belajar. Hehe. Selalu la comment :)  


Monday, December 13, 2010

Getting Slim to Maintain Healthy Life

Daripada photos Cha, Im sure yang semua penonton akan beranggapan Cha seorang gadis yang gemok. Ceh *penonton* hehe. Betul kan? Sebenarnya Cha bukan gemok, berisi je. Okay dah boleh ambil baldi sebesar-besarnya untuk muntah bila dengar statement saya yang berani mati ni! hahaha. Weh betul la Cha tak gemok, berisi je ! Dah dah jangan gelak! Kalau tak kena ketumbit besar-besar atas mata! Grrrrrr!



Sempena menyambut hari kemerdekaan saya yang baru lepasan SPM dan juga sempena menyambut Hari Krismas , Cha akan berusaha untuk dapatkan bentuk badan idaman para jejaka ! Ecececehhh :P * Dah boleh ambil baldi tadi* Depan korang semua yang tengah baca, Cha berjanji akan sentiasa exercise dan kurangkan tidur dan satu hari nanti akan ada picture saya yang macam ni.. 






Bukan bermakna Cha akan upload sebijik macam gambar kat atas ni. Gila kah? haha.
Tapi apa salahnya kalau cha terus berusaha dan berusaha untuk dapatkan six pack dan bentuk badan berketol - ketol macam bawah ni. Boleh belasah orang . Roarrrrr! hehe


Dengan itu, saya berjanji depan semua akan berusaha sekeras-kerasnya hingga ke titisan peluh yang terakhir! Kalau Cha masih tak dapatkan bentuk badan yang slim, boleh lah beramai-ramai ejek saya okay! Wahhh statement ni adalah statement pertama saya yang cukup susah saya nak taip !!! Gelak la, kutuk la apa-apa tapi janganlah teruk sangat ye, hahahaa :P 




P/S ; Ain, jom pergi jogging pukul 5.30 nantiiiiiii.Cepatlah aku tungguuuuuuuuuuuuu ! 

Sunday, December 12, 2010

Suasana Krismas Dah Terasa

 My tummy? 
this dress makes me look like pregnant woman


Today keluar dengan bestie tercinta . Ain. We're talking  much bout her life. Biasalah sejak dia single ni ramai juga nak tackle dia. Gila laris kawan saya tu. hehe. Kami berjalan-jalan dengan sempoi nya melihat ragam-ragam orang kat situ. Hari ni ramai sangat orang. Oh ya lupa pulak, kan hari ni Ahad. Mestilah satu keluarga nak bermesra-mesra eratkan perhubungan. Lain la dengan Hari Sabtu, penuh dengan budak-budak Pavilion. Sebab tu Cha tak keluar hari Sabtu. macam-macam boleh tengok hari Sabtu. Budak-budak buat filem sendiri, lepaking sana sini, budak perempuan yang smoke. Whoaa cool gila! hehehe( tersengih jahat ) Hihihihi . 



Misi utama nak beli pencuci muka si Ain kat Watson je. Tapi terus melencong ke butik-butik kat Pavilion.  padahal tak beli pun. Hahaa. Payah babenor kalau dah keluar dengan kawan perempuan. Kalau dengan kawan lelaki, adushh nak masuk butik pun hareemmmmm ! Ain apalagi rambang mata tengok semua tuh. Haish minah tuh. Dia sempat lagi beli accessories dan flat shoes. Misi utama nak beli pencuci muka dah terbengkalai. Hihihi. 



Mana boleh Ain sorang je beli. Cha jealous niii. wek :P Cha sempat beli cardigan. Masa trying pakai cardigan , teringat pulak dekat si ______ yang tengah kerja dekat Genting Highland. Aish stop thinking bout him la! Grrrr. 

I like it <3



Kekasihku Curang !!




Masa bercinta semua kita rasa happy. Semua yang dia buat untuk kita rasa macam untuk kebaikan kita walaupun kadang2 tak mendatangkan kebaikan pun. senang cerita bau gas yang dikeluarkan daripada bawah dia pun boleh dihidu macam kita bau perfume POLO . Wahh hebatnya di alam percintaan. Gelagatnya di pusat-pusat membeli belah bukan main lagi. Dah macam video budak - budak Pavilion yang tersebar luas kat Facebook baru-baru ni. Malangnya , tengah best-best bercinta , datanglah si alam jadah ni menganggu hubungan. Rasa macam nak bunuh je terus nasib baik Malaysia ni ada perlembagaan . Hoho . Kekasihku Curang! Tuh laa yang boleh diadukan kepada kawan-kawan yang sok baik ataupun sememangnya memang baik pun. Cara nak tahu kekasih anda curang ... 




Jarang Menelefon 
>> Pada bercinta bagai nak rak, selalu telefon. Tak apa you. Duit I habis untuk you jugak. bukan untuk orang lain. Ni la tanda I sayang kat you. Ni laa selalu kata2 di awal masa bercinta. Bila dah dapat pengganti. you.. you ni tak faham ke? I dah la penat kerja , nak suruh i call you lagi. susah la tak faham ni. lagipun i ngah sengkek ni tak ada duit. ( sebenarnya kredit habis tuk perempuan lain )



Cepat Naik Angin
>>  Senang je nak selesaikan , bagi dia minum banyak-banyak air halia . Nanti keluarlah angin satu badan . Hehehe . Sebenarnya, kalau dia cepat marah, tandanya sayang dia pada kita dah makin kurang



Marah Pabila Kita Check Phone Dia
>> Alasan dia , haih you kenapa nak check phone i ? calap jela you tak percya kat i lagi kan ? Haihh benci betul mcm nii. ( sebenarnya dia takut kantoi )




Saturday, December 11, 2010

Zaman Kanak-kanak yang kelakar

Masa sekolah darjah, semuanya geli. dengan kawan- kawan lelaki geli. Kalau tersentuh sikit, dah cakap " eii najis2! " Budak lelaki pun sama. Tapi budak lelaki masa zaman sekolah darjah nakal sangat. Selalu tak siap kerja sekolah,, Kalau dapat cikgu yang garang. mati laaaa . Kalau tak siapkan 1/4 kerja sekolah , kena bangun sepanjang kelas . Kalau siapkan separuh ,  kena berdiri atas kerusi kayu. Tapi kalau tak siapkan langsung , kena berdiri atas meja sepanjang kelas. member2 semua boleh duduk dengan senyuman sinis " hehe padan muka kau" . Tapi budak lelaki mana boleh serik . Mereka lah yang buat hal, mereka jugak lah yang selalu buat lawak dalam kelas. kadang2 sampay pecah anak tekak ketawa . kah kah kah !



dulu masa sekolah darjah, benci dengan budak-budak lelaki. tak pernah minat kat sesiapa pun. sebabnya diorang selalu sangat usik budak2 perempuan sampai menangis. selalunya saya lah yang jadi mangsa! Nama bapak saya Usman, diorang akan ejek Osman Kering ! sebab ada nama pelakon yang nama macam tuh . Wht the ? Nama bapak akuh pun nak babit sekalii. geram nya ! Dulu pun Cha pelat huruf "R" macam Lisa Suriani . Cuma sekarang je Cha pandai cover nak sebut huruf R . Budak lelaki apa lagi ada point nak mengejek . Selalu diorang kata "juss Oren jus Oren" dan perkataan-perkataan yang ada pakai huruf R . Kuajaqqq!!! Lepas tuh cha pun nangis laa, letak muka tunduk atas meja, kedua belah tangan tutup muka, sampai menangiss. Budak2 lelaki cuak sebab nanti cikgu masuk nak mengajar tengok ada budak menangis dalam kelas. Habislah diorang kena sebat kan. Diorang duduk bawah meja Cha, cakap " jangan laa nagis, sorry2 "  lepas tuh salahkan kawan masing2 antara diorang. Dalam hati Cha . " hahahaa, bergaduh laa korang, puas hati aku! " padahal masa tuh mata nak merah dek nangis.



Dulu masa akhir darjah 6 , barulah ada start simpan feeling kat lelaki. Kalau budak tuh comel sikit je, mulalahh gedik2. sebab apa perempuan gedik? sebab dia nak bagi lelaki tahu kehadiran mereka. haha abis lah terbongkar rahsia ! Sebab ada feeling tuh jugaklah tahun pertama saya ada keluar tuuutttttttttt! "Makkkk,, apa benda warna merah ni????? " menangiss merengek-rengek . Pastuh mak ketawakan tengok gelagat anak dia yang sorang ni. Haishh sampai hati mak




Now, masa keluar . pernah la terserempak budak2 sekolah rendah dulu. Tapi keadaan dah jauh berbeza. Diorang pulak yang maluu. Dah la tinggi lampai macam galah. Dulu masa sekolah rendah kecik kementott nak mampos. kalau kena siku pun sampai. kah kah kah ! Bila terserempak kalau boleh nak tegur, tapi sebab malu diorang bercakap dengan member masing. Wat dunno je kita tengah lalu Tapi bila terserempak berdua , tak ada sesiapa . boleh pulakk tegurr. Hahaha . Apakah maksud semuanya ini?



Dulu masa kecik, pantang dapat telefon daripada budak lelaki,. Meseg je selalu.. Kalau ada lelaki tak kenal nak berkenalan. dah kembang-kembang kuncup rasa diri tuh la yang paling cantik. Haha . Tapi sekarang semuanya lain, kalau ada lelaki tak kenal telefon, mula lah marah2 , " wei siapa ni? kau silap nombor laa. mana kau dapat no aku? " haha . lepas tuh cipta alasan . contoh bagitahu nama orang lain dan tinggal tempat lain. biar lelaki anonymous tuh stop calling. hahah .



Masa dulu pun semua cinta2 monyet stok umur sebaya , tapi  sekarang umur sebaya mana nak lagi. semuanya nak yang bekerja , yang umur lebih 2 tahun dan lebih . Kehendak ni berubah secara tiba2 mengikut umur . Umur yang sebaya semua stok buat kawan. hehe . Adoii banyak sangat Cha nak cerita , tapi sekarang dah dengar bebelan mak kat dapurr. suruh tolong dia. Baru tadi cerita pasal dia. panjang umurr. hehehe . Okay guys, byebyee ^________^



Friday, December 10, 2010

Just For 5 Budi

Akhirnya, saya sudah dewasa sudah! Dewasa la sangat. Duit poket pun minta mak lagi. Hehe. Rasa happy sangat bila dah habis sekolah. Tapi maybe suatu hari nanti akan rasa rindu gila zaman2 sekolah. Ahh biar lah. sekarang kita cerita pasal hari ni. Today kelas Cha ada buat perhimpunan beramai-ramai ke alam barzah! Hohoho ! bukan laa. Gathering kat _________ . Alamak lupa gila nama tempat tuh . Apa ahhh? Haishh. Apa kena la dengan memori cha? o,o""  ( nnti tanya kawan )



Pukul 2 p.m kena berkumpul kat apa tah nama tempat alam jadah tuh. Sebab nak kena touch up dulu, Cha dengan member berkumpul rumah Ain pukul 9 a.m. Gunakan barang dia seboleh mungkin. haha! :P do all these , those  , blablabla then siap pukul 1 p.m.



di rumah

di luar

Gathering ni pun untuk sambut bufday student form 5 yang lahir bulan 11 dan 12 . Cha laa tuh yang lahir bulan 11 . Hehehhe . Ada ramai lagi. Rasa happy sangat sebab last jumpa mereka semua. lepas ni semua buat haluan masing-masing . ;'(




Berdiri dari kiri ; Hanun (budak paling genius kt sekolah ) , Nabilla ( si Pandai) , Fasha ( si penjerit ) , Hazirah ( si pok pek )
Duduk dari kiri ; Kyra , Ain , Cha , Jasmin ( si cantik ) , Suraya ( Si Manja )



Suka photo tuh, semua bufday girl tengah buat wish masing2 . including me . hehe . Banyak sangat photo Cha nak upload . Tapi semua tu guna DSLR Kyra , dia ta sempat pula nak upload malam ni ada hal . Hmphh sedihh ! ;'(   Sorry la ye tak upload picture korang semua, sebab saya tak ada semua pic tuh ......... sedihh nii ...... =,-

Thursday, December 09, 2010

SPM . Goodbye ~~



Finally ! SPM dah habis. Hehehe. Suka pulak. After this tak  perlu tengok buku. Just be at home online, makan tidur. bagi badan tambah BUNTAL ! Haihhh ! Tak bagus betul. Misi utama lepas ni, always jogging and work out nak bg ada six packs. If God willing .. 

Btw esok ada gathering just for ours. Gambar akan diupload :) 


Pacek Akasha, saya rindu dengar suara awak yang mcm budak2. eventho u tak suka i panggil u Akasha , sebab you kata mcm "hero Hindustan" , Tapi nama tuh sedap ( boleh makan lagi ) . Daripada nak panggil you Meya , dah macam perempuan.  Gembo? wht the heck ?!



Wednesday, December 08, 2010

Feel Guilty

Kadang-kadang orang tu sayang sangat kat kita. Bila kita sedih, kita gembira, kita bosan, selalu je dia ada. Pernah suatu ketika dia minta sesuatu yang sangat dia harapkan, sangat dia inginkan. tapi apa kita buat? Kita bagi alasan macam-macam. Tak boleh laa, sebab tuhhh ,,,, sebab ni..... Okay dia pun just pasrah je, Dia cakap settlekan dulu urusan kita, lepas tu baru penuhi hasrat dia. Kita pun sebab nak lepas dari keluhan dia cepat-cepat cakap "okayyy" . 


Tapi lepas urusan kita dah selesai, langsung kita tak fikirkan dia. perasaan dia. Malah kita buat sesuatu yang buat dia tambah sedih dengan sikap kita. Tapi dia tak pernah bagitahu. Tak pernah nak melenting. Dia cuma pendam apa yang dia rasa. Masih tunjukkan rasa gembira kat semua orang..padahal masa tuh kita tahu yang dia tengah pendam perasaan dia sebab kita. Hati dia sakit sangat sebab dah kena tipu hidup2 dengan kita. Tapi dia senyap je, kita tak tahu dia senyap tuh sebab dia tak mahu marah , nanti kecik pulak hati kita, ataupun dia senyap sebab dia tengah nak kumpul kan semuaa kebencian pada kitaa. 



Kita tahu apa yang dia rasa, apa yang dia fikir . Tapi pernah kita minta maaf kat dia? Kita punya ego punya lah tinggi macam KLCC ! Kita rasa segan nak minta maaf pada dia. Takut dia mula start pasang harapan balik pada kita. Tapi kita tak mahu itu semua. Dia mengharapkan semuanya pada kita. Lama sangat dia tunggu kita. Tapi kita, bila dah dapat orang yang boleh penuhi citarasa kita, penah kita fikirkan dia? Lagi la kita layan orang yang ala "perfect" tuh bagi kita. Apa orang tuh nak , semua kita turutkan. Eventho orang tuh minta perkara yang bukan2 pada kita. Perkara yang salah! Tapi sebab nak penuhi hasrat, sanggup kita anggap "just let it go, lama2 okay la tuh" . Tapi kita lupa pada orang pertama yang sayang kita bagai nak mati tadi ! Dia tak pernah minta sesuatu yang salah . Dia cuma minta jaga hati dia. dia nak rasa mcm mana disayangii. Tapi, ada pernah kita fikirkan perasaan dia??





Monday, December 06, 2010

Pakcik Ameya Akasha



Sometimes he's funny
Sometimes he's annoying 
Sometimes he's kinda childish boy
Sometimes "mengada"



:D

Saturday, December 04, 2010

he's crazy man i've ever know

Panggilan telefon pertama daripada dia, bukan nak beri salam. Tapi menyanyi lagu Maherzain .tapi salah lyrics.  Hahahah. okay cool.



Bila tak dengar apa dia tengah cakap , I'll say " apa u cakap tadi?" . He'll reply " tak ada apalah! " grrrrr !
. Then bila kita tengah cakap   tapi dia tak dengar, dia cakap " apa u cakap? ulang balik " I'll reply "tak ada apa-apa " He'll angry with me ! hahaaa . 



Sometimes he's kinda childish boy ! Cakap teresak-esak , bersambung-sambung sampai tak cukup nafas ! then bila dia dah senyap, Ingatkan dah berhenti dah apa dia merepek , tapi rupanyaa dia sambung lagii ! nak amik nafas kott. hahaha. okay-okay i just let him do whtever he wanna do. Dia membebel, I just dengar je apa dia cakap. 



He asks me how old of my age ? I said "im seventeen " Dia cakap " ouhhh ... (senyappp kejapp ) Budak lagi. hahaha " Totally i was angry that time ! grrrrrrrr . Seminggu je lagi dude i budak2. lepas abes SPM  u can't call me budak-budak sekolah !



Dia juga tanya i ada berapa adik - beradik . I said " anak tunggal " Usually many boys would  say "ouh mesti anak manjaa ni kann" But he's different ! He say " ohhhh ( senyap kejapp )  kenapa tak suruh mak ayah u buat lagi anak? adik beradik i ramaii . 11 orang .. ehh bukann 8 oranggg" . Then i say " whoaa ramainyaa, kuat mak ayh u kan!" Then dia cakap " ehh bukan 8 , 5 oranggggg !. hahahaha " Sumpah aku panas hatii ouhhh !



Bila I marah , dia akan gelakkk suka hati yang dia nak . he say " u tak tahu i lagii, i ni gila sikit tawww " Okayyy u takyah cakap lagi. sebab memang betl pun u gilaaaa .



Conclusion now is im happy be one of ur friends ! i ada kawan yang otak gilaa. tapii u LAGI gilaaa ! muahaha. Anyway, selalu ketawa bila cakap dengan youu ^___^ 



P/S : his name ? its secrettooooo ! ^^