Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Monday, November 08, 2010

Kisah Benar Dalam Kelas Saya

Hidup akan menjadi tidak "happy" kalau kita ada musuh. Kalau musuh tuh rakan sekelas kita lagii laa sakit hati sebab mahu tak mahu kena ada komunikasi juga antara sesama rakan kelas contoh ; nak check register ke, cikgu minta tolong passing info ke. Begitulah yang terjadi dalam kelas Cha. Kelas form 5 yang paling kurang bilangan pelajar hanyalah sebanyak 20 orang tetapi kelas yang paling bermasalah daripada kelas lain. terlalu banyak "gap" dan shinggakan guru kelas tahu perkara ni. Macam2 teacher dah buat,, aim dia hanya untuk nak rapatkan balik hubungan yang renggang . Paling teruk kelas kami menjadi perbualan hangit antara guru2 yang pernah mengajar. Ini tak betull, itu tak betul, banyak masalah tuh, banyak kurang kat sini.. Blablablabla~~



Sebenarnya akibat dendam, tidak puas hati, memendam perasaaan, dan sentiasa mengumpat . Sikap2 ni semualah yang menjadikan masalah kecil daripada form 1 terbawak-bawak sampai form 5. Dan akibatnya dendam yang sebenarnya hanyalah setitik nila, dah menjadi seperti gunung berapi yang hanya tunggu untuk meletus . ( sorry kalau ayat saya terlalu membastik! :P:P )


Nasib baiklah ada hamba Allah seorang ni, dia tak sanggup lagi melihat rakan-rakan sekelasnya yang lain bercakar-cakaran,, tidak bertegur sapa.  Dia hanya menjadi orang tengah selama ini! Dan akhirnya dia buat keputusan nak mengadakan "conference" antara rakan-rakan kelasnya. Cadangan hamba Allah ni dipersetujui oleh semua rakan-rakan sekelas. memandangkan fikir SPM tak lama lagi, dan sebaiknya kita patut jaga hubungan dengan manusia dan tuhan .


Conference yang dicadangkan telah diadakan petang tadi selepas waktu persekolahan, Setiap orang dalam kelasakan diberi peluang  hadir di hadapan rakan-rakan yang lain , dan menyatakan rasa tidak puas hati , meluahkan perasaan yang selama ini terpendam sejak form 1. Dan mostly daripada diorang , pada akhir ayat akan mengatakan " Kalau aku ada buat salah dgn korang semua, aku minta maaf. aku harap kita dapat jadi mcm dulu, dan sama2 berjaya dlm SPM " . Wahhh, touching moment..


Hari ni hari paling berharga buat Cha sebab Cha dapat tengokk bibir yang merah, pipi yang merah, hidung yang merah, muka yang merah sebab menangis! hehehe.  Satu kelas menangis kecuali Cha dan seorang rakan yang mmg hati dekat sama dgn batu. hehe Cha susah nak nangis.. dah lama gila tak nangis. best sgt sebab tengok diorang menangis sambil peluk-peluk dengan ex- enemy diorang . Pada akhir conference, semua orang peluk rakan masing2, tak ada sorang pun yang miss daripada dipeluk. dan masa peluk tuhhh akan cakap " I LOVE YOU ACTUALLY!" wahh rasa sakit telingaa sebab ckp  kuat sgt tp hati rasa nak menjerit kegembiraan sebab akhirnyaa kelas Cha dah tak macam duluu .. Semuanya dah jadi like ONE BIG FAMILY



Esokk tak sabar nak pergi sekolah, sebab kiteorg nak tunjukkan kat teacher ( guru tingkatan) yang kiteorg yang sebelum ni, tanak pandang muka, sekarang dah boleh peluk, menangis sama-sama, ketawa sama-sama. Mesti teacher rasa happyyyy sangatttt ! hehehe .



Iktibarnya , Cha harap kalau korang ada konflik dengan sesiapa pun, jangan lah pendam pendam pendam dan terus pendam, sebab rasa benci tuh akan bertimbun2 dan jadi mampat sampai susah nak huraikan. So, kalau ada pape yang tak puas hati, slow talk dgn dia dan direct ckp apa yang korang tak puas hati tuhh. Jangan jadi macam kelas kami, sebab dah rasa menderita sgt2 duduk dalam kelas yg byk musuh selama bertahun-tahun! bayangkan lah macam mana nak belajar, bahagikan kumpulan untuk buat kerja.  dan baru hari ni nak berbaik2. Alhamdulillah sebab nasi belum jadi bubur lg, baru lembik jee. tambah daun sup dan bawang goreng sedapp lagi niiii.. hehehe



P/s Nasib baik laa tak bawak camera tadi, kalau tak,  dah amik gambar kawan2 semuaa yang tengah menangis muka merahh, hidung berhingus, pipi merah, mata merah.  pastuh masuk kat blog kesayangan aku ni. haha.

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)