Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Monday, November 29, 2010

Angau Oh Angau!

an old pic




Alhamdulillah masa jawab exam Mathematics tak ada masalah yang kritikal sangat. Cuma ada la sangkut paut dekat soalan yang memang bab tak pro lagi. Tapi rasanya dah buat yang terbaik dah tadi.  hahaha (yakin gila si budak Cha ni ) Esok hari Selasa akan ada exam Agama Islam . Haiyoooooooo. takut pulak. Sebab agama tak baca lagi tapi boleh update blog dulu. hehehe . Apa lah Cha ni ! Kalau agama gagal buat malu je. =.="




Cha update blog ni bukan nak cerita pasal SPM. pasal lain sebenarnya. Pasal sekarang ni Cha tengah angau ! Angau apa? Adalahh. hehe . ( mcm cerita keling )  Adeshhh, malu laa nak bgtaw. sebab Maluuu ouhhhhh! Aishhhhhh!! Mahu tapi Maluuu ! hahahah. tak apa lah. Lain kali jelah cerita, mesti bengang kan Cha cerita mcm keling? hahaha. wekk :P




P/S ayat "cerita macam keling " bukan menghina bangsa taw ! Hahaaa . Dah jadi kebiasaan . wuhuuuu ^^




Friday, November 26, 2010

Jangan Ingat Senang2 Dapat Gelaran Model

Sebelum tu, ingin Cha nak perjelaskan bahawa semua yang Cha nak kata nnti bukanlah datang daripada unsur2 hasad dengki or jealous dengan sang-sang manusia yang ala-ala "HOT" gitu. Selalunya perkara ni dilakukan oleh budak-budak bawah umur Cha malah yang sebaya Cha pun ada! embarrassing kalau hal ini dilakukan oleh budak yang nak mencecah umur matang lagi setahun saja lagi. 




Zaman photography antara kalangan budak yg suka lepak pavi sejak dr dulu dah ada.  Cuma sekarang ni Cha tengok mcm dah suam-suam kuku je. hehe. Beberapa bulan lepas punyalah semangat semua budak nak ada camera . Kalau yang mak bapak belikan Nikon tu, fuyooo bukan main lagi lagaknya. Memang best mak bapak manjakan anak. Tanda kasih sayang diorang. Memang tak salah pun budak-budak tuh nak ambil gambar sebanyak mana yang mungkin. Gambar ala-ala photography . Maybe antara sebabnya nak tanamkan bakat , nak sambung study dalam course photography . 




Tapi, masalahnya sekarang ada antara diorang yang act je lebih. Cerita POM POM POM ! Tapi macam tin kosong. Sebab apa Cha cakap macam ni, diorang dah mula fikir yang diorang model . Cha bg satu contoh eh sebab apa cha cakap macam ni. Ada friend comment  picture . 


Friend ; Wahhh, hot la model ni 

"Hot" girl / "Hot" Boy ; Hahaha, ala model biasa-biasa ja. 



Cha pun pelik, Si Pengomen picture tuh, tak tahu ke yang budak ni model betul-betul ke, or model hanya sekadar nama yg diberikan kpd diri sendiri. Tak tengok ke info budak tu, kawan-kawan budak tuh, Pelik Bin Benar betul la! Pasal hal tuh la lagi membuatkan si budak-budak "HOT"  ni lagi proud  sebab kan tadi dah kena puji dikatakan model. Bukan seorang, tapi banyak pulak orang "buta mata" cakap yang diorang ni model !  Apa kah kejadahnya semua ni? or bahasa om putehh "Wht the hell of this? "



Kepada orang yang terasa ; 

Korang ingat gelaran "model" tuh senang-senang boleh dapat? Cuba try apply nak jd model. Tak fikir ke yang benda tuh cuma memalukan korang yang seakan-akan "bodoh sombong" .Sedangkan model yang sebenar pun tak kecoh macam ni, sedangkan photographer yang sebenar pun tak tunjukkan yang diorang tu hot. Apakan lagi korang? omaigoddd.




Okayy forget it. Now Cha nak bagitahu yang Cha rasa happy sgt bila ada seorang guy , Amir Fauzi . He's one of my friends on facebook. Agak lama la juga jadi member, Actually dia still study kat uitm amek banking ( wahh, Cha pun plan nak amek banking satu hari nnty) . baru tadi dia buzz cha. Berborak-borak macam2 benda and lastly dia open cerita pasal blog. Omaiigodd, dia kata dari dulu dia dah baca blog Cha . sebab ; 

  1. Blog Cha best
  2. Banyak cha merapu dalam blog ni
  3. Kadang-kadang Cha mengamok sorang2 dalam blog pasal ada lelaki yg suka tayang gambar porno, dia boleh ketawa bila baca.
  4. Kalau dia baca lagi sekali post tu, dia rasa mcm "Aih cha ni sebenarnya marah ke tak?"



Dia ceritakan balik story mory yang ada dalam blog Cha, smpai Cha terfikir " Aishh biar betul guy ni, aku sendiri pun tak ingat apa yang aku dah tulis"  



To Amir Fauzi ; 

Thanks so much sebab sudi baca setiap entry blog saya yang tak seberapa niii. Terima kasih juga sebab dah gelakkan saya bila saya mengamuk sorang2 kat blog saya ni. Terima kasih sebab tanya saya " Bila you nak update blog? i lama dah tunggu nak baca " . You know wht? u make me feel touch . Wahh tak sangka ada juga yang suka blog Cha. hehehe .

Thursday, November 25, 2010

History? oh Damn !

Gerammmmm gerammmmmmmm! Sekor paper ni memang buat Cha rasa mcm dah putus asa. Percubaan soalan dia senang sebab bocor pulak kan. Mungkin lepas government dapat tahu, dia tukar last-last minute set soalan SPM yang lain. Sekali dapat yang susah sekali. Mampusss lah. Pasrah-pasrah Chaaaaaaa ... Bukan kau saja yang tengah tention pasal paper sejarah, semua budak2 sekolah kau tadi pun meluat dengan soalan yang terlampau senang tuh. 



Alhamdulillah. Habis juga minggu pertama SPM. Tapi dalam otak Cha sekarang , asyik terbayang-bayang baju baru,  style rambut baru, semuanya baru. Hehe . Haihh cepatlah masa berlalu dan bagi la result SPM nanti gempak, Ya Tuhan.



Big wavy hairstyles, big curly hair, long hair, see the words, you can imagine this haircut? Women on the street now, almost invariably keep the big wave of hair,  




Lupa pulak, Cha kan rambut pendek. Ada hati nak buat rambut macam ni. Hahaha. Okay la apa kata rambut macam bawah ni pulak. 


 Fuyoo
Comel sangat
tapi pendek
Cha dah bosan dngan rambut pendek. 


Okayy kita cuba rambut bawah ni pulakk. hehehe
Rambut sama panjang dengan saya weh . keh keh keh !:P
Comel kan dia / saya ?
haha



Sekarang kita survey baju pula. Kita hari ni takde gossip2,, hari ni cakap pasal fashion. hehe

Comel-comel baju
Match dengan gambar rambut yg terakhir pun sesuai


Long Dress
Make sure kena beli long dress macam ni ! wajib-wajib
Ditambah dengan rambut wavy, meletopp nokkkk!


 Wide round neckline 
i think its not suit for me unless if im getting fit . hee




Cotton Black Long Sleeves Gothic Lolita Dress



Cukup lah sampai di sini. Cha tak puas lagi ni kalau boleh nak survey semua baju. Tapi kena study, SPM belum habis lagii. Amboii ang ni Cha, SPM belum abih lagi ampa dah berangan mcm2.
Nanti cha post lagi ye, bye ;)



P/S ; Alhamdulillah sbb puas hati dengan cara jawab paper BM dan BI, but not for history ! History, middle finger for you ! hehee just kidding, ring finger jelaa huhu. wek 

Okay bye guys :) 



Wednesday, November 24, 2010

Soalan Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Bocor ?!

Cha saja nak update blog kejap sementara cari bahan tuk buat karangan Bahasa Inggeris esok. heeee ;) Tadi dalam pukul 9.00 malam, dua orang mmber Cha call, 


Member  ; Heloo
Cha         ; Heloo 
Member  ; Wehh, kau ada tengok berita kat tv3 tadi?
Cha         ; Aku baca buku , mana sempat tengok tv, why ya?
Mmber    ; Ada member aku bagitahu Kertas 2 BM spm da bocorrr! ta silap kat Sabah ke Sarawak ke  Kedah. tak pasti
Cha         ; Hahhhhhhhhh? (buat-buat terkejut, ehehehe )
Mmber    ; Dengar cerita kena repeat paper, ohhh damnnnn! tak suka betul. dah bocor tuh diam je la, ni nak kena hebohh ! Orang punya salah kita pulak yang kena jugak! Aku dah laweh nak jawab balik paper tuhh.
Cha         ; Erm, entah laa. bodoh betulla. aku baru nak ada nikmat abis paper BM. Nanti mlm aku tgok Nightline. klau2 ada keluar lg ke berita tu. 
Member   ; Mana tahu kan. okaylah. nak smbung study. bye 
Cha          ; okay byee .

Cha tak sempat tgok nightline sebab tak teringat langsung nak tgok tv. hehee. Tadi Cha ada call teacher tusyen, teacher tuh pun tak tengok berita sebijik mcm Cha so dia pun tak berani nak kata apa. psl  hal ni. teacher kata  jangan fikir sngat benda tuh.just focus on ur study. kalau kena repeat pun tak mungkin esok, minggu depan. maybe for the next and next month. and you still ada masa tuk study. Tp I pun tak pasti apa government nak putuskan. sama-samalah kita tengokk.Dah2, I cuma nak you focus kat paper esok yee .


P/S ; Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga !! haihh -,-"



Sunday, November 21, 2010

Pray for my achievement

23/11/2010


My examination will be held on that day
Im too scare right now
I dont know whether i could do my best or not 
I dont think I can do the best for my exam 
Im a person who study at the last minute. 
Hmphh

OH MY GOD

Help me to achieve my goal
I want my mum to be proud of me since i was the only of her daughter
Please hear from deep of my heart
I do all this just  for my mum
She's a very strong single mother
And I also want my father be proud of me
Let him to be happy over there
I also wanna beat all my cousins and stepbrothers

For my dear followers
I hope all of you will enjoy reading my blog
I create my blog just for fun
Keep following me
From  now on
I'll rarely update my blog
I just wanna concentrate to my exam 
Lastly
Pray for my achievement yaww
Cheers !


Saturday, November 20, 2010

Happy Birthday to Me ! :D

Everybody... Jum nyanyi sama-sama lagu happy birthdayyyy.. Sempena harijadi Cha. Kalau tak nyanyiii.... Aku belasah kau cukup - cukup !! haha

♪ ♫~♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫• Happy Birthday To U.!!♪ ♫~♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫♫ ♪ ♫• Happy Birthday To U.!!♪ ♫~♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫♫ ♪ ♫•♪ ♫ ♪ ♫ HAPPY BIRTHDAY To Cha Gloxinia ~(,^^)®♫~♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫• Happy Birthday To UUuuUUuuUU.



Masa Cha online tadi, ingat ada la cuma beberapa helai kawan baik kat FB yang wish . Rupa-rupanya banyak gilaa yang wishh !!!! Omaigodddd. Thanks la sebab ramai orang concern pasal sayaaaa. heheehe. Terharu tahuu ! Birthday tahun ni cuma sambut dengan bacaan buku-buku untuk SPM. No party or whtever. Pity of me. hurmmm. Tapi biar jelaa. korban untuk SPM. by the way, kepada siapa yang wish, sayanggg koranggg tahuuuuu ! :))


List of wishes ;
  1. Teddy Bear
  2. Heels
  3. Jeans
  4. Accessories
  5. Kiss from beloved
  6. Dress
  7. A's in SPM 
 

P/S ; May God Bless Me :))



Wednesday, November 17, 2010

Damn Faker . Omaiiigodddddd !







Here i hav one of annoying story to share wif all of you! About a fucking faker! Bukan sahaja suka menggunakan gambar-gambar orang lain, malah mengaku dia tuh TUAN PUNYA GAMBAR. Amik gambar yang "hot" , handsome or else yang sedap mata memandang. Yang muka-muka pecah longkang tak mau pulak curik gambar.



Lepas gambar dah curi, nama pun mesti kena "hot" juga kan. Tukar la nama yang sedap didengar. biar orang lain jatuh hati dengan dia. sebab bukan sahaja handsome tapi ada nama yang bagusss gituuu! :)



Tuh baru sikit, ada lagi Cha nak cerita. Info-info kat profile pun mesti la kena ala-ala "hot" jugak.
Study kat mana?? Dikatanya Limkokwing study graphic design.
Stay ? Johor Bharu 
Hobbies ? Swimming .
Mixed ? Bugis + Arab + Malay + China ( kalau boleh semua kaum dia nak letak ) -,-.
Letak juga nama company , kononnya company dia bina sendiri hasil titik peluh. Bila orang lain tanya ? Katanya alahh, selain study I ada company sendiri laaa.
Employer ? Hartanah company .. What the fish !!?? Nak kencing akuu, tak kan dapat laa. Kejap kata kucing, kejap kata anjing.
Study,, Kerja kat hartanah company,, Syarikat sendiri ( syrikat yang langsung takde kena mngena dengan hartanah ) Tiga benda dilakukan sekali gus ! Mmg siapa yang suka kau, mmg betul2 bod*h ! Sebab dia senang2 kena tahi dengan kau!




Study kat limkokwing, speaking mesti terer kan. Tapi yang ni takk. Dikatanya "kita kan duduk Mlaysia, ckp bhasa melayu sudahh" omaigodd! terbuka bekung sendiri..
Bila orang bertanya soalan "Where do u live in?" Dijawabnya "ohh im Okayy :) "  .
"Can you do me a favour?" Dijawabnya pulak "I like you" .
OMAIGODDDDDDD!!! 
Takutnyaa dengan org mcm ni. berapa megabytes la boleh muat dlm otk dia?  
Takut bukan sebab dia tak reti english,, tapi sebab dia budgett HOT , cerita nak PONG PONG! tapi akhirnya ZERO!





Bukan nak menghina orang tak reti english,, langsung tak. sebab kita masih belajar dan HARUS belajar! Cuma yang mnakutkan ceritanya punya lah nak bikin gempak!! Padahal "nothing" !!



Bila dicakap "yang tuh bukan pic you kan?" Dijawabnyaa "hahaha, yang ni pic i laa, suka hati you la nak percaya ke tak"
Okayy FAKER mana nak mengaku kan. Pecah laa rahsia dia. hahaha. Tapi dari segi dia act pun mmg dah tahu yang dia faker! 



Kepada Faker ; 
Tolonglahh jgn nak menunjukkan kehebatan yang bukan anda  miliki. Cheers!

Tuesday, November 16, 2010

Wahh, Bontot Lembu Warna Putih Tuh Comel !




Beberapa jam yang lepas, sedang Cha & Ain duduk , ada sebuah lori lalu. Lembu-lembu yang akan dijadikan korban pada esok hari.

Cha : Ainnnnn Ainnnnn, tengokk bontot lembu tuhhh !
Ain : Lembu mne satu weehhh ?
Cha : Lembu warna putih tuh !!
Ain : Walaawehh, pink Shi*l !! Hahahaha. Sexy !
Cha : Hahahahaha .

Lepas lori tuh lalu, bau dia tanak cerita pulakk kan..

Periuk Balanga
Rebus


Cha amek daripada kuali dan belanga masing2 semata-mata nak buat korang terliur. hhaha! Tak sempat serve kat pinggan mangkuk. yummyyy. esok boleh laa makan ^___^

Cha tak balik kampung pun. just be at home and study study study. SPM will be held on 23/11/2010. Please pray for me yawwwww .. Aminnnn.

Monday, November 15, 2010

Jangan Hina Bangsa Lain

Kebanyakan budak-budak yang baru nak "up" selalu mengutuk bangsa lain. Contoh, apabila dia gaduh dengan budak lain, dan budak tuh keturunan indonesia misalnya, mesti budak tu kena ejek INDON BODOH! INDON cuma layak bekerja sebagai tukang sapu sampah, bina bangunan, hidup merempat di Malaysia. Sini Cha nak katakan, HEBAT sangatkah anda? Bangsa Anda? Negara anda Malaysia? Bukan Cha nak kata Malaysia ni tak hebatt, hebat TETAPI segelintir rakyatnya saja yang suka memaki rakyat lain. Rakyat tu macam budak2 nak "up" yang tak ada fikiran yang matang macm Cha cakap tadi.



Kepada budak yang suka mengutuk bangsa lain ; 

Kalau korang marah sangat-sangat dekat seseorang, marah saje lah pada budak tu, jangan babitkan keturunan dia sekalii. Hebat sangatkah keturunan anda? Kalau korang tengok balik jalur keturunan korang daripada awal, nenek moyang korang pun seorang PENDATANG yang berhijrah ke Malaysia. Bukan melayu asli! Kalau betul-betul melayu daripada nenek moyang, Mesti keturunan korang yang tuh daripada ORANG ASLI. So, Masih proud ke ada keturunan ORANG ASLI?



Nak hina bangsa lain contoh macam "indon" . Apa yang korang tengok dekat Malaysia cuma orang indonesia yang berhijrah ke sini untuk mencari rezeki. yang perlu diberi makan untuk anak bini di kampung. So, janganlah nak hina diorang atas kesalahan budak yang ada keturunan indon! Korang tengok kat malaysia indon yang MISKIN je, Ada korang pernah pergi indonesia? , Kadang-kadang orang indon kat sana LEBIH KAYA daripada orang indon kat Malaysia. jangan terkejut!



Sama juga lah dengan pelakon-pelakon indonesia. Kadang-kadang pelakon indonesia MORE GOOD LOOKING daripada pelakon malaysia. Lebih banyak kacukan! Lebih talented! Jangan suka mengutuk orang sebab, perkara tu akan menunjukkan keBODOHAN bangsa anda sendiri. KEGAGALAN ibu bapa korang mendidik korang. Hey, pleasee lah. be mature okay !



Bukan indon je, kadang2 KELING pun diorang kutuk! kalau budak tu berbangsa india or Mamak je or what so fucking ever! Ada korang pernah pergi India? pernah ke? Macam Cha cakap tadi, Kadang-kadang ORANG INDIA kat sana LEBIH KAYA daripada orang-orang kaya kat Malaysia. Cuma silapnya jurang antara orang kaya india dan orang miskin terlalu JAUH! So, yang miskin banyak merempat tepi jalan dan yang kaya menjadi LEBIH KAYA!



Yang tuh baru status kehidupan. Pernah korang bandingkan dunia seni antara Malaysia dan India. BOLLYWOOD tuh apa? LEBIH HEBATT, bukan?? haaaa, ternganga korang baca! Please lagi sekali tolong jangan na mengutuk bangsa orang lain. Tengok tahap kemampuan diri sendiri dulu baru kutuk orang lain.




Baca Buka Minda, Bukan Buka Mata!

Saturday, November 13, 2010

Pengorbanan Seorang Ibu

Semakin hari, semakin banyak kes-kes yang berlaku dalam remaja. Contoh macam kes buang anak. Lepas dah main sedap-sedap, pandai pulak nak buang tapi bodoh sebab terKANTOI juga akhirnya! Aishh emosii sikit kalau cakap pasal ni.-,-. Lepas buang anak, ingat masalah boleh selesai? ohhh tidaakkk sama sekali! Pasangan tu mesti hidup tak tenteram terutama sekali si Ibu. Mungkin sebab dah buntu fikiran sebab tu dia bertindak macam tu. Kesian bayi tu.




Selalunya orang kata, kalau bayi mati masa kecik, Bayi tu akan terus masuk syurga dan bayi tu akan memanggil2 ibunya untuk turut masuk syurga dengannya. Betul ke? ( cha antara ingat dan lupa ) . TETAPI! kalau bayi tu mati disebabkan DIBUNUH oleh ibunya sendiri? Nak ke bayi tu panggil ibunya untuk masuk syurga dengannya sekali? cuma tuhan yang tahu.







Kat Jepun, tak silap Cha dah ada pusat penjagaan anak luar nikah. Kepada siapa yang terlanjur dan tak mau bela anak tersebut, anak itu akan ditempatkan kat pusat penjagaan tuh laa. Yang ni pun sebab teacher Cha yang bagitahu, Cha pun dah ingat-ingat lupa apa dia cakap. Kenapa la kat Malaysia tak buat macam tu, kalau buat, mesti takdelah melampau sangat kes buang bayi ni. Sampai purata setiap negeri untuk anak luar nikah adalah 1000 orang bagi setiap negeri!!!
Okayy, Cha ada terjumpa sesuatu masa surf internet tadi. 
Ni diaa haaa... 

Bayi maut dicampak dari kenderaan bergerak

15/09/2010 9:11pm
Oleh SOPI SAMAILE
SIBU 15 Sept. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pu dicampak keluar dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak sehingga menyebabkan kepalanya pecah.
Perbuatan kejam itu berlaku di sebuah lorong di kawasan Perumahan Taman Rajang di sini malam tadi.
Mayat bayi yang dibungkus dengan kertas suratkhabar dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam itu ditemui seorang peniaga wanita yang kebetulan lalu di lorong berkenaan antara pukul 9 hingga 10 malam. – Utusan

Sumber ; inijalanku.wordpress.com 


Tragiss sungguh! agak-agak la kalau kepala bayi tu sampai pecah! memang tak ada hati perutt. Hati tuh dah macam hati batu sekeras BERLIAN! tak ada perasaan sayang dan berlembut dengan bayi yg baru lahir. Busuk!  sebusuk-busuk bangkai ! Bau bangkai pun lagi wangi..



Sebenarnya ada lagi yang Cha jumpaa. hehe. ni haaaaa... 


Kisah Pengorbanan Ibu Terhadap Anaknya


Kisah Pengorbanan Ibu pada Anaknya . Ini adalah kisah pahit yang muncul dari tragedi gempa bumi Sichuan. Ketika rumah roboh pada seorang ibu dan bayinya yang berumur 3-4 bulan, bayi dilindungi ibu dengan tubuh miliknya berlutut sujud di atas bayi. Ketika penolong tiba 5 hari kemudian, pada 17 Mei, mereka menemukan sang ibu telah hancur mati, tetapi bahwa bayi itu tidur nyenyak – hidup. Tak lama kemudian mereka menemukan ponsel sang ibu, tempat ia menulis pesan teks untuk bayinya yang membaca
“Bayiku sayang, jika Anda dapat bertahan hidup, selalu ingat bahwa aku mencintaimu.”

Aku terfikir sejenak, seorang ibu di China sanggup mengorbankan diri untuk melindungi bayi dari kandungannya sendiri untuk melihat bayi nya terus hidup. Tapi mengapa di negara kita, bayi dibunuh dan dibuang dengan tanpa rasa bersalah dan kasihan sedikitpun demi kepentingan diri sendiri. Fikirlah sejenak……

Sumber ; artikelindonesia.com
Sebenarnya rasa hiba juga lah kan. dah memang ketentuan tuhan ibu tuh mati. Nasib baik la Cha baca kisah ni masa bukan lagu yang slow motion. Kalau tak, dah mencurah-curah dah air berlian ni haaa. hehehe.



Pengorbanan ibu? fikir-fikir laa sejenak. Cha pun tengah fikir. 

>> Pengorbanan ibu yang sanggup berkorban untuk Nafsu dan Kepuasan sampai sanggup mengorbankan anaknya sendiri
OR

>>Pengorbanan ibu yang sanggup bergadai nyawa untuk anak yang tercinta. 



Pada masa sekarang, kita dapat lihat pengorbanan ibu yang mana satu ? Fikirkanlahh.. Cha harap Cha akan jadi seorang ibu yang sangat baik suatu hari nanti. Cehhhhh!! lama lagi nak jd ibu niiii. Hahahaha. *menggedik pulak Cha ni*


Peace <3



Thursday, November 11, 2010

Can you be my good stalker?



Tentang semua post Cha sebelum ni, All Of You Are Not Allowed to kutuk-kutuk! Suka hati cha la nak post something that I think its an interesting topic. For the example here, How To Flirt? Tanda2 Kena Reject. this blog is mine! So? ang apa sebab nak buka cerita komen-komen pasal blog guwe? Kalau setiap hari Cha upload pasal hidup Cha, hari ni Cha pergi mana, Cha buat apa, Cha texting dengan siapa, cha fall in love dengan siapa.. Semua followers mesti rasa menyampah kan? Helooo, ingat aku ni CELEBRITY?  BITCH? nak buat semua tu. Lain la kalau-kalau bila aku dah besar, aku jadi artis ke, then pada masa tuh, korang tak dapat lagi daa nak baca TIPS dalam blog aku ni. Semuanya pasal rutin hidup aku. Tapi, malangnya, aku bukan celebriti . Can you get wht im writing bout right now? tolonglah jangan jadi seperti KG. you know whts KG?
















Kampung







Lagi satu, friendlist Facebook Cha tu dah berjela-jela dah page. Yang add, ramai. tapi yang menegur selepas ass add  sedikit. Bukan lah nak demand. tapi macam useless je semua friend tu, Rasa macam nak remove bagi tinggal 100 orang. boleh ke? sanggup ke aku? hehehe



P/S ; Sorry la cuz post hari ni ada pertunjukkan perasaan sikit daripasa miss Cha! hehe. bukan apa, dah lama sangat simpan. dah takleh simpan lagi daaa. haha ;)


Tuesday, November 09, 2010

HOW TO FLIRT ?!

Tajuk post kali ni macam mengada sikit . haha. tapi Cha tak tahu la kenapa hati ni nak jugak kongsi dengan korang semua. Mungkin rasa macam best je . sebenarnya daripada dulu lagi nak post, tp fikir dua tiga kali. eheh. Sebelum Cha merepek lagi panjang lebih panjang, baik Cha str8 to the point yahhh. 


Perwatakan yang Menarik 
>> Kita harus ada perwatakan yang menarik macam magnet kalau nak flirt dengan si dia. Biar si Dia berasa tergugat dan tak tahan tengok kita!! Ehhh ehhh jangan fikir lain!! maksud Cha tak tahan nak berkenalan dgn kita dengan lebih rapat . hehehee



Bagi Perempuan, Harus Pandai Masak!
>> Lelaki akan cair kalau perempuan pandai masak, dalam hati dia, "wahh perempuan ni pandai masak nanti bila kahwin tak pyh la makan nasi bungkuss jee! " hehehehe. Kepada perempuan yang tak reti masak macam Cha, kena laa belajar. Tapi Cha payah sikit laa. setakat tolong mum kat dapur tolong kacau2 tuh boleh laa. kalau bab nak bahan2 masakan mcm cili berapa, bawang berapa, tak pandaii laaa! Mum Cha pernah cakap " kalau lelaki yang kahwin dengan kau ni, abisslahhh diaa, llingkupppp asyek mkn luar jee" sampay hati dia en :"(




Mempunyai Bentuk Badan yang Menarik
>> Kalau dalam bab ni, terpulang lah kepada individu. setengah orang suka badan gempal, gebu . katanya sedap dipelukk! Setengah lagi tak sukaa, suka yang slim . So, korang pandai2 laa tahu apa citarasa si Dia dulu sebelum pikat dia. hahaha



Mata Itu Penting!!
>>Apabila berhadapan dengan si Dia yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati  tetapi bukan beerti kamu ini seorang murahan dan mudah sangat untuk didekati !



Jangan Bersikap Jual Mahal 
>> Selalu orang yang jual mahal ni, zaman gemilang dia tak lama. Lama-kelamaan org dah tak mau dekat dengan dia. So, bersikap peramahh dengan si Dia, tunjukkan yang korang seorang yang happening! , dan gembirakan dia selaluuu.



Jangan Bersikap Kebudak-budakkan 
>>  Dia akan rasa menyampah je sebenarnya. tunjukkan yang anda seorang yang matang, dan tahu isu2 semasa. Bila bercakap pasal sesuatu, anda petah bercakap hal itu... hal ini... Selalunya sikap kebudak-budakkan ni sesuai untuk budak couple berumur 15 tahun ke bawah. Tapi tak semestinya lah sebab kematangan seseorg kita tak boleh tengok drpd umur seseorang. Kalau korang tunjukkan power korang ni. mesti Dia rasaa. "boleh tahan jugakk dia niii""



Perempuan , elak make up terlalu tebal !
>> Kadang2 takutt tahu kalau tengok org yang make up tebal ni lama2. Apalagi kalau salah pakai make up! Perghhhhh! Terbaikkkk wooookkkk ! Hahaahahaha. Lelaki selalu nakkan perempuan yang ala-ala natural beauty gittuuuu! cehhh demanding! hahaha, So, kepada  perempuan, make up laa senipis yang boleh tapi masih nampak cantik lagi,



Jaga Kulit Muka 
>> Hahhhh, hak ni cek nak habaq kat ampah semuaa, tak kira hak lelaki atau hak pompuann, muka kena bersihh ! Rajin2kanlah beli pencuci muka kat guardian or farmasi berhampirann. bukan susah punn. Sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas buang make up, kalau kulit berminayk. apa salahnya kalau pakai pencuci muka. Confirm la jerawat susah nak naik kat muka, pastuh kalau si Dia tahu anda seorang yg mcm ni, mesti dia akn igt anda seorg pembersih ! Cha pun suka lelaki pakai pembersih muka, pakai losyen sebelum tidur pun tak apaaaa! Hahahahahha !




Jangan macam Belangkas!
>> Buang laa sikap nak berkepit selalu. Cuma kadang-kadang je contact Si Dia. Tujuannya untuk bagi dia rindu kat kita.. Mungkin sebelum ni anda je yang mulakan perbualan dulu, mana tahu silap anak bulan dia tetiba BUZZ andaa, dan bertanyaa khabar.. Oh blushing lah tuh dah mcm udang bakar! :)




Jangan Mengada-ngada
>> Jangan selalu minta sesuatu yang membebankan dia dan buat dia rasa menyampah! Kalau tak tahu topik apa nak cakap dengan dia, lebih baik stop perbualan sampai situ, sambung pada hari yang lain. Kalau anda teruskan, kemungkinan besar anda mula merepek perkara yang bukan2! dan buat hati dia berasa seperti " ehh, kenapa dgn dia ni? insane? "



P/S ; Hal ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang mati. huuhuhu. Cha saja nak berkongsi daripada sumber yang Cha dapat. bukan bermakna Cha kongsi tips ni dengan korang sebab Cha pernah buat sebelum ni. hehee. OwAnG naK SpM DuLu aRrr, tAk MaEn R CinTa2 nI !!!!  Hahahaha


Monday, November 08, 2010

Kisah Benar Dalam Kelas Saya

Hidup akan menjadi tidak "happy" kalau kita ada musuh. Kalau musuh tuh rakan sekelas kita lagii laa sakit hati sebab mahu tak mahu kena ada komunikasi juga antara sesama rakan kelas contoh ; nak check register ke, cikgu minta tolong passing info ke. Begitulah yang terjadi dalam kelas Cha. Kelas form 5 yang paling kurang bilangan pelajar hanyalah sebanyak 20 orang tetapi kelas yang paling bermasalah daripada kelas lain. terlalu banyak "gap" dan shinggakan guru kelas tahu perkara ni. Macam2 teacher dah buat,, aim dia hanya untuk nak rapatkan balik hubungan yang renggang . Paling teruk kelas kami menjadi perbualan hangit antara guru2 yang pernah mengajar. Ini tak betull, itu tak betul, banyak masalah tuh, banyak kurang kat sini.. Blablablabla~~



Sebenarnya akibat dendam, tidak puas hati, memendam perasaaan, dan sentiasa mengumpat . Sikap2 ni semualah yang menjadikan masalah kecil daripada form 1 terbawak-bawak sampai form 5. Dan akibatnya dendam yang sebenarnya hanyalah setitik nila, dah menjadi seperti gunung berapi yang hanya tunggu untuk meletus . ( sorry kalau ayat saya terlalu membastik! :P:P )


Nasib baiklah ada hamba Allah seorang ni, dia tak sanggup lagi melihat rakan-rakan sekelasnya yang lain bercakar-cakaran,, tidak bertegur sapa.  Dia hanya menjadi orang tengah selama ini! Dan akhirnya dia buat keputusan nak mengadakan "conference" antara rakan-rakan kelasnya. Cadangan hamba Allah ni dipersetujui oleh semua rakan-rakan sekelas. memandangkan fikir SPM tak lama lagi, dan sebaiknya kita patut jaga hubungan dengan manusia dan tuhan .


Conference yang dicadangkan telah diadakan petang tadi selepas waktu persekolahan, Setiap orang dalam kelasakan diberi peluang  hadir di hadapan rakan-rakan yang lain , dan menyatakan rasa tidak puas hati , meluahkan perasaan yang selama ini terpendam sejak form 1. Dan mostly daripada diorang , pada akhir ayat akan mengatakan " Kalau aku ada buat salah dgn korang semua, aku minta maaf. aku harap kita dapat jadi mcm dulu, dan sama2 berjaya dlm SPM " . Wahhh, touching moment..


Hari ni hari paling berharga buat Cha sebab Cha dapat tengokk bibir yang merah, pipi yang merah, hidung yang merah, muka yang merah sebab menangis! hehehe.  Satu kelas menangis kecuali Cha dan seorang rakan yang mmg hati dekat sama dgn batu. hehe Cha susah nak nangis.. dah lama gila tak nangis. best sgt sebab tengok diorang menangis sambil peluk-peluk dengan ex- enemy diorang . Pada akhir conference, semua orang peluk rakan masing2, tak ada sorang pun yang miss daripada dipeluk. dan masa peluk tuhhh akan cakap " I LOVE YOU ACTUALLY!" wahh rasa sakit telingaa sebab ckp  kuat sgt tp hati rasa nak menjerit kegembiraan sebab akhirnyaa kelas Cha dah tak macam duluu .. Semuanya dah jadi like ONE BIG FAMILY



Esokk tak sabar nak pergi sekolah, sebab kiteorg nak tunjukkan kat teacher ( guru tingkatan) yang kiteorg yang sebelum ni, tanak pandang muka, sekarang dah boleh peluk, menangis sama-sama, ketawa sama-sama. Mesti teacher rasa happyyyy sangatttt ! hehehe .



Iktibarnya , Cha harap kalau korang ada konflik dengan sesiapa pun, jangan lah pendam pendam pendam dan terus pendam, sebab rasa benci tuh akan bertimbun2 dan jadi mampat sampai susah nak huraikan. So, kalau ada pape yang tak puas hati, slow talk dgn dia dan direct ckp apa yang korang tak puas hati tuhh. Jangan jadi macam kelas kami, sebab dah rasa menderita sgt2 duduk dalam kelas yg byk musuh selama bertahun-tahun! bayangkan lah macam mana nak belajar, bahagikan kumpulan untuk buat kerja.  dan baru hari ni nak berbaik2. Alhamdulillah sebab nasi belum jadi bubur lg, baru lembik jee. tambah daun sup dan bawang goreng sedapp lagi niiii.. hehehe



P/s Nasib baik laa tak bawak camera tadi, kalau tak,  dah amik gambar kawan2 semuaa yang tengah menangis muka merahh, hidung berhingus, pipi merah, mata merah.  pastuh masuk kat blog kesayangan aku ni. haha.

Sunday, November 07, 2010

Suddenly Im Crying

Lepas buat homework Chemistry, cha saja nak buang masa online facebook sambil dengar lagu kat lappy smbil pakai headset. saja la menekan-nekan apa yang ada di facebook sebab dah bosan sangat. Akhirnya , cha ternampak tajuk "HARI KEHANCURAN" Dalam hati, nak ke taknak? akhirnya tekan jugak laa sebab nak baca. Pada masa tuh jugak laa lagu kat lappy Cha berkumandang lagu "syurga cinta" , but instrumental je laa. lagi laa menusuk kalbu . Suddenly, im crying . . . . Nasib laa sekarang tengah malam, my mum dah masuk tidur. dia tak tahu saya nangis ni. . . Kalau korang nak baca bacalah yee, baca sambil dengar lagu yang tengah berkumandang kat blog Cha ni. mungkin lagi terasa apa yang korang sdg baca tuhh . .



:::[ Hari KEHANCURAN ]:::

by Islam Itu Agamaku on Friday, November 5, 2010 at 10:31pm

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Friday, November 05, 2010

Cara Mengatasi Rasa Cemburu

Cemburu tanda sayang. tapi kalau cemburu dah melampaui batas, mungkin ia hanya akan merosakkan segalanya. cha admit Cha pun pernah ada rasa cemburu dan lately cemburu tengok kawan-kawan facebook yang ada gambar baru, keluar pergi event sana event sini! siapa tak cemburu kan sebab Cha tak boleh keluar macam diorang. sebab SPM. Okay fine! I understand. But ada lagi yang Cha cemburu. hehehe. Alahh tak perlu la nak cakap sebab Cha belum bersedia lagi. Bukan tu saja , kadang2 ramai juga antara kita yang cemburu dengan kaum sejenis. Contohnya dia lebih cantik dan ada body shape yang lebih bagus daripada kita. dan ramai orang suka pada dia. Bermacam2 faktor yang boleh buat kita cemburu . Cha pun selongkar la fail2 internet yang ada, dan Cha jumpa cara2 mengtasai rasa cemburu. Mehh sini Cha nak share dengan korang semuaa ^___^


Minum air banyak2
>> Bukan minuman bergula, nak mati ke kau? setiap kali cemburu minum air gula! kang dapat kencing manis . potong kaki sana, potong kaki sinii. siapa susahh? mak bapak jugak yang susah.. Aishhh!! Cha dah merepek dah ni. pasal korang laa ni. hehe :P  sorry *tunduk minta maaf* Air jugak membantu sistem badan kita, supaya lebih banyak oksigen sampai ke otak. So, bila korang cemburu, banyak2 laa minum air ye . semakin banyak la oksigen smpy ke otk korang




Dengar Genre Muzik yang Keras
>> Cara ni Cha paling suka. selalu juga cha buat dulu. sebab dulu cha salah satu peminat lagu genre mcm ni. seperti bmth,alesana,paramore, . memang best laa zaman dulu sebab takyah fikir pasal nak touch up makeup, heels, skirt or whtever . haha. tapi cha dah bertekad tahun 2010  cha nak tukar imej cha jadi perempuan sikit. and now jadilah Cha yang sekarang ni. Aishhh ! merepek lagii !*geleng kepala* Okay berbalik kepada story mory kita ni, kalau kita dengar music yang keras dan dengar kuat2 sampay pecah tulang2 dalam telinga korang, confirm kita dapat lepaskan geram dan semua perasaan cemburu dalam hati kita tuhh! Haaaa, so cubalah ye, belum cuba belum tahu. ^_^




Mengutuk Orang
>> Heee, Cara ni Cha taknak laa sarankan. tapi kadang2 bergunaa jugak ouhh! haha. Kalau kita cemburu kat seseorang,  kita fikir negatif pasal dia dan cari apa silap dan salah dia. lepas tuh kita cerita pada orang2 ramai. Lepas tuh pulak, org2 ramai yang macam lembu cucuk tanduk percaya 100% cakap kitaa. Hahh waktu tuh laa kita rasa gembira dan rasa cemburu tuh dah tak da lagi dahh. Tapi cara ni tak baik laaa. hurm apa laa Cha Gloxinia ni mengajar anak org buat jahat! Haihhh! *buat muka* Dah2! automatically  cara ni di reject !




Menangis
>> Alolololo bab ni yang kesian niii... kang elok2 pantai timur je yang banjir sekali satu wilayah KL banjir. hehehe. kepada siapa yg duduk kl laa . Cha tak suka menangis sebab lepas nangis mata kat bawah akan lebam dan esok masa pergi sekolah kena bahan dengan kawann2. ohh damnn! ><"  Tapi menangis pun bagus sebab lepas kita nangis semua masalah dalam diri akan keluar sekali dengan air mata kita. Bukan tu saja, air mata tuh bagus untuk membantu penglihatan kita, dan bertindak sebagai antibakteria semulajadi yang berfungsi untuk membunuh bakteria2 . Dah masuk sains dah ni. hehehe. Apa guna abang google kita kan. haha ^___^


Thursday, November 04, 2010

Fobia ! ! !

Semua orang ada perasaan takut dan geli terhadap sesuatu perkara, betul tak? Samalah juga dengan Cha. Paling takut dengan tikus dan cicak! Pernah dulu masa kecik tikus lompat atas kepala Cha! ada lagi satu kejadian , masa tuh Cha tengah jalan-jalan , lepas tuh ada tikus , then tetiba tikus tuh nampak Cha ! Tikus tuh terkejut , Cha pun sama  terkejut! Dua-dua terkejut dan takut antara satu sama lain, lastly tikus tuh nak lari daripada Cha , sesedap mak bapak dia je lari langgar kaki saya. Dan Cha dapat rasakan betapa nikmatnyaa badannya yang berbulu seakan taknak tumbuh, perut yang BUNTAL! ERggghhhh! Cicak pun sama sebab Cha tak suka dengan badan dia yang bergetah! Kucing Cha selalu main-main dalam rumah, kalau jumpa cicak dia akan tangkap cicak tuh then  main macam cicak tuh bola! Kalau cicak tuh dapat larikan diri, kucing Cha tuh dah mcm kucing gila korek sana... korek sini. masuk bawah almari yang sempit semata2 nak tangkap cicak tuh balik! padahal badan dia tuh dah laa besar gedabak! kang tersepit mati celah2 dah satu hal. Klau ada cicak yang mati atas lantai, confirm tuh mesti kerja kucing Cha ( si putih) . cha la jadi mangsa nak buang mayat cicak tuh. eeiiii.. Cha selalu guna penyapu yang paling buruk sekali untuk buang cicak tuh, dah laa badan melekit mati dekat lantai!! ngerii!



Ada guy tanya saya kat formspring, dia mengingatkan saya teringat balik kepada mimpi seakan indah?! no ! mimpi ngeri gila pasal tikus ! Arghhhhh. taip pasal benda ni pun badan Cha dah naik geli satu badann >,<"

Me And Syaqira

Miss my blog damn much. Sorry bcoz I didnt update my blog for this few days.  Actually i dont have an idea what to write about. lack of idea. hahaha. But tonight, I have something that I wanna share with all of you. video of me and my bestie. its an old video actually. about 2 months ago, i think laa. We (Kyra and me) were went out to shopping mall for buy some clothes, jeans, women needed and etc. Then, we got an idea to make a video of us. I know its a "BASI STORY" . Cerita dah berkurun2 lama pulak. but I dont care. Blog saya kan ? so its up to me wht i wanna do with my blog. hehehe. Have fun :)

video

 Sorry for the lack quality video :(

For me, She is so pretty cute and gorgeous! Plus she also has a good attitude. take care of her study. can flow together with my mind.  Pendekkan cerita, kalau berjumpa ada saja cerita nak borak. Most important thing ; SHE'S SINGLE RIGHT NOW!! Hahahaa.

Monday, November 01, 2010

Tanda Anda Kena "REJECT"

Semua orang nak kan cinta yang bertepuk dua belah tangan, betul tak? kalau betul angkat sebelah kening cepatt!! heee. dah2 jangan merepek Chaaa *sigh*. Selama Cha hidup selama 16 tahun 11 bulan dan berapa hari ni, Cha perasan ada dua jenis manusia. Ahh manusia apa? berkaki tiga?! bermata satu?! bertelinga capang? haha . Bukan lah! ada dua jenis manusia

  1. Apabila sukakan seseorang, dia hanya memerhatikan daripada jauh, nak nak kalau orang yang dia suka tuh ada facebook dan PUBLIC pulak tuh! setiap hari dia akan tengok apa yang diupdate oleh kekasih gelapnya itu. huahuahua :P 
  2. Apabila sukakan seseorang, dia akan berusaha mendapatkannya, dia tak kisah menyatakan perasaannya. Walaupun baru add facebook dia pagi tadi, malam nanti dah kata "sebenarnya I suka You sejak I tengok photo you" kah kah kah! berani mati betol org macam ni ! 

Alahhh, cha dah menyimpang jauh daripada tajuk asal post ni. hehe. tengah ada mood nak menaip ni. ni la jadinya. haha. Okay now we go straight to the point no belok-belok! Tanda-tanda anda kena reject ialah .... tanda-tanda ni untuk manusia yang jenis  keDUA tadi taww. 



Dia tak terhibur dengan kelawakan anda 
>> Kalau anda ada buat sesuatu yang kelakar *bagi anda sorang jelah*  , dia tidak akan gelak. Dalam hatinya mungkin berkata " apa kena dengan dia ni? insane? " Fuhhhhh, pedass ouh!!


Dia tidak cuba untuk telefon anda 
>> Kalau anda call dia masa dia tengah busy, masa free for sure dia akan tengok phone dia kan?! , dan malangnya dia tidak akan cuba call anda balik. Padahal anda dah mati-mati tunggu dia call. pegang phone di tangan takut2 dia call . siap bawak pergi tandass lagi kalau dah tak tahan sgt. Hahaha.


Dia akan menolak kalau diajak keluar
>> Kalau anda ajak dia keluar , dia akan menolak. Katanya " I busy laa, I takde mood nak keluar laa, I ada hal lain nanti dan _______________ . *Please answer the blank* . hehehhe



Kadang-kadang menyakitkan hati
>> Oleh sebab kita suka kat dia, kita akan bersabar je dengan perangai dia yang  kadang2 memalukan kita atau buat kita rasa dihina *wahh melampau lah ni kan* . Selalunya kalau perangai dia sampai tahap macam ni, perasaan dia pada anda memang 100% tak ada perasaan suka!! So, the best decision you have to choose is just forget your admire. accept the fact tht you have been rejected!


Comelnya ..