Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Saturday, October 09, 2010

Suka Hati You

Saya baru baca blog awak tadi. Macam-macam awak cerita pasal saya kan. Saya tahu awak seorang lelaki yang sangat baik. Dalam 100 orang lelaki sekarang, saya cuma boleh jumpa 1 saja yang macam awak. Tapi saya tak tahu kenapa saya tak boleh nak terima sesiapa lagi sebagai orang yang sangat special. Ya saya mengaku kalau saya bosan ke, sedih ke, happy ke, nak bercerita mesti awak orang pertama yang saya fikir dulu. Sampai kawa saya kata saya ni dah "angau" dengan awak. Tapi sangat susah bagi saya nak terima awak. Entah apa lagi yang hati saya nak. Saya tengah mencari sesuatu yang boleh buat hati saya rasa happy sangat. TAPI saya tak tahu apa benda tuh. Rasa nak buang je hati ni jauh-jauh biar jadi heartless person. Awak tak perlu lah nak sedih kalau awak bukan macam lelaki idaman saya. Awak tak perlu nak belajar main gitar, tak perlu nak buat something yang boleh buat member jealous kat saya pulak. SEBAB saya suka awak yang sekarang. Saya nak cakap something ni,, dengar tau. Saya sebenarnya tak layak untuk dapatkan awak. saya cakap betul. Saya pun tanak cerita panjang lagi. Awak fikir lah baik-baik ye, mungkin awak patut dapatkan perempuan yang lebih baik daripada saya. perempuan yang boleh bahagiakan awak,, bukan awak saja yang kena bahagiakan dia. sebab bila awak dengan saya, asyik awak je yang kena ambik hati saya kan. ermm saya nak tengok awak bahagia dengan perempuan lain yang boleh buat awak ketawa bukan perempuan buat awak rasa nak menjerit kuat-kuat lepaskan sakit dalam hati macam saya buat kat awak. Papepon, saya masih perlukan awak even saya dapat lelaki lain suatu hati nanti. Kalau lah saya dapat. Kalauu.

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)