Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Sunday, October 17, 2010

Seronoknya dapat anak kembar

Cha rasa tajuk entry kali ni tak bersesuaian dengan umur cha, Mana tak nya, cha baru berumur 17 tahun, tapi dah fikir nak dapat anak kembar. Hahahhaa. Tapi macam orang selalu cakap, selalu fikir untuk masa depan. huhuhu :P Sebelum ni cha tak ada keinginan pun nak dapat anak kembar. Cha dapat azam nak dapat anak kembar suatu hari nanti pun sebab Cha pernah "couple" dengan si kembar. Rasa seronok pulak bila first time cha tertukar boyfriend dengan adik si Dia. haha. Pastuh tengok keluarga dia, ada 2 pasangan kembar. 2 lelaki 2 perempuan. Wahhhh gila hebat mama dia kan! No wonder dapat 2 kali anak kembar sebab keturunan diorang kembar. Tapi bagi kita yang bukan daripada keturunan kembar ni agak payah jugak laa. Sebab kena berusaha. hihihihi ^_^ Berusaha lebih sikit untuk mencapai matlamat. hhoho :D

Satu perangai cha, Cha suka bagitahu semua orang apa yang cha nak masa hadapan. Contoh, masa form 3, dalam kelas sains, kiteorg belajar sains pasal "human reproduction" . Cha tanya kat cikgu . "cikgu, macam mana nak dapatkan anak kembar?" Pastuh satu kelas gelakkan cha.  then masa form 5 dekat kelas tusyen, cha saja menyebuk duduk dalam kelas biology. Pun lagi sekali cha tanya cikgu "Cikgu, macam mana kita nak dapatkan anak kembar kalau kita tak ada keturunan daripada keluarga kembar?" Satu kelas pun tergelak! Haishhh! salah ke apa cha tanya? O,O"


Cikgu cha cakap boleh je dapat anak kembar kalau kita bukan keturunan kembar. Tapi adalah langkh-langkah yang perlu dilakukan. Hahaha. siapa nak tahu? rajin-rajinkanlah diri surfing internet cari macam mana nak dapat anak kembar. huhu. Member Cha selalu cakap "kau ni nak dapat anak kembar ingat tak sakit ke ah? dah la nak keluar dua kali. haishh pelik-pelik laa citarasa kau ni" Cha jawab "elehh biarlahh, best apa dapat anak kembar, wekkk!" Tapi kan, satu yang cha harapkan , cha harap anak-anak kembar cha nanti bukanlah anak yang bercantum. biarlah diorang separate . hurmm risau pulak. Tapi cha pun tak boleh nak harapkan sangat sebab selalunya apa yang kita nak sangat dapat, selalunya takkan terjadi.






p/s ; dialog di atas telah diubah suai agar perkataan lebih mudah untuk difahami :)

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)