Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Tuesday, October 12, 2010

Saintis Temui Tempat Mengawal Perasaan Cemburu

Belakangan ni, Cha rasa "DOWN" gila-gila. Taktahu la nak cerita macam tak menarik pulak. Buat malu diri ja, so baik biarkan ja, lama-lama akan okay sendiri. hihihi^^

Cha tertarik dengan satu perkara berkenaan dengan otak manusia. Rupa-rupanya dalam otak kita terdapat satu bahagian di mana bahagian itu berfungsi sebagai "mengcontrol" perasaan cemburu kita terhadap seseorang. OMG! Cha baru tahu setelah hidup selama 16 tahun, 11 bulan. Pity me. huhhhh ;'( Memang patut la Cha tak tahu sebab Cha pun memang tak minat sains. Kat sekolah memang masuk kelas aliran sains, tapi Cha drop Biology tukar dengan Akaun. Belajar Physics & Kimia pun memang boleh tahan jugak cabaran. sebab nak lulus boleh tapi nak dapat A sangat payah. Papepun, masa Trial Spm lepas, Cha dah buat sehabis mungkin! Waktu rehat duduk dalam kelas untuk belajar, selalu bangun pagi antara pukul 3 pagi sebab masa tu je otak Cha mampu menghafal. Akaun pulak tak perlu menghafal, tapi kena tahu step by step macam mana nak buat akaun ni, akaun tuh, blablabla. Pakcik Haziq (bestie) kata senang, siap offer nak ajar saya lagi. cehhhh tahu la dia pandai kan. hahaha. Ehh Cha dah merepek pulak daripada tajuk asal post ni. hehehee. sorry ^_^ . Okay meh sini rapat-rapat baca kat bawah ni. 


GAMBAR dalam bulatan menunjukkan kawasan yang mengawal perasaan cemburu dalam otak manusia.
NEW YORK - Sekumpulan saintis menemui kawasan dalam otak yang mengawal perasaan cemburu, lapor sebuah akhbar semalam.
Kedudukan tempat yang mengawal perasaan cemburu itu berada dalam kawasan yang mengesan kesakitan fizikal.
Menurut saintis, penemuan itu merungkai persoalan kenapa perasaan cemburu seorang kekasih menyebabkan anda berasa 'terluka' yang amat sangat.
"Adalah amat menarik kerana bahagian yang mengesan kesakitan fizikal turut mempunyai kaitan dengan kesakitan mental," kata ketua penyelidik itu, Hidehiko Takahashi.
"Melakukan penilaian terhadap perasaan cemburu mungkin membantu penjagaan mental seperti mendapatkan kaunseling," tambahnya.
Menurut pakar psikologi dari Universiti Kentucky, Profesor Richard Smith, cemburu boleh menjejaskan kehidupan seseorang.
"Jika anda ialah seorang yang cemburu, anda sukar untuk menghargai perkara yang baik kerana anda terlalu bimbang berhubung cara orang lain akan memberi reaksi," katanya. - Agensi. 


1 comment:

I value your comment :)