Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Tuesday, October 05, 2010

Perangai Perempuan yang Lelaki Benci

Sebenarnya entry kali ini ditujukan kepada sang perempuan. Hihihihi. ^^ Hey girls, saya pun perempuan juga, jadi saya tahu semuanya mengenai perempuan. Meh sini saya nak cakap perangai-perangai kita yang ada antara lelaki di luar sana yang tak suka. Opsss! Bukan Kita! Sebahagian daripada Kita! hehe :D

Cha tiba-tiba terfikir nak postkan entry ini, hohohoho :D . Okay lelaki semua, dengar ye, ini bukan bermakna SEMUA perempuan, cuma SEBAHAGIAN sahaja okay! Dah jangan melebih-lebih pula. hahaha xD
Antara perangai-perangainya ialah. jeng jeng jengg!!


Boyish ( Awat awek aku kasar semacam ni? Seksa aku taw! )
>>Selalunya perempuan seperti ini, dia dah terdidik daripada kecil menjadi perangai yang "agak" kasar secara semulajadi. Mungkin sudah kematian ibu sejak kecil, jadi tinggal dengan bapa. Tapi ada juga perempuan yang selalu saja kawan dengan lelaki sampai lupa sifat-sifat yang perlu dia ada sebagai perempuan. Tapi, ada juga lelaki yang suka perempuan kasar. Haaaaaa! Jangan main-main! Hahahaha. Apa la best ke cik abang oi ada gf suka berkasar? Katanya "perempuan yang kasar tu la best! " Hahahaha.


Kuat Mencarut
>>Lelaki pun tak suka perempuan yang kuat mencarut. Mencarut tu melambangkan attitude kita dan juga cara didikan ibu bapa di rumah. Okay I admit, I dulu suka mencarut! hahaha. Dulu saja okay! :P Tapi Cha pun tak puas hati juga, lelaki mencarut boleh? Tapi bila perempuan mencarut, mulalah cakap perempuan itu tak sopan la, apa la. Huhhh whatever! Tapi bukan semua lelaki mencarut kan. Ada juga lelaki yang baik. huhuhuh :P:P


Kaki Kikis ( Oii kau ingat aku ni boyfriend cop duit ke hah??!! )
>> Hahahahahaha! Ada juga perempuan macam tu, Tapi Cha bukan eh. Sumpah! Betul tak guys? Cuma kawan-kawan lelaki Cha yang tahu Cha jenis macam mana. hihihi. so, lelaki kenalah pandai cari perempuan yang bukan hanya nak merncukur bulu ketiak mereka!! Tetapi mencintai mereka dengan apa adanya pada mereka :) Hohoho jiwangnya :P



Perempuan Tidak Tahu Bermanja ( Bilalah kau nak manja-manja dengan aku ni? ) 
>> Contoh bagi perempuan yang tak reti bermanja ialah Cha. Okay Cha sedih tau! Isk Isk Isk ;'( Adalah seorang pakcik (bestie) ni cakap Cha tak reti bermanja. Hurmmmmmmphh. So lelaki mesti tak suka cha sebab Cha tak reti nak bermanja dengan diorang. Sebenarnya Cha dulu agak kebudak-budakkan, cakap banyak sampai merapu entah apa-apa, manja gila dengan Boyfie. Tapi masa dah mengubah sikap Cha. Cha jadi lebih matang daripada dulu, dan bercakap bila perlu :) Takpa tak kisah tak ada lelaki suka pun . Wekkk! :P


Cerewet ( Haih menyampah betul la dengan perempuan ni! )
>> Lelaki tak suka dengan perempuan macam ni. Hahaha. Ni tak boleh, tuh tak boleh! Habis apa lagi yang boleh? To dudes, bersabar saja lah yea, try tukar perangai wifey korang tu. Chaiyokk! :D



Lelaki saja yang kena "text" dulu ( Asyik aku je dulu meseg dia! Hampehhh betul ! )
>>Hahahaha. padan muka korang ! Mestilah lelaki kena text dulu, sebab korang kan lelaki. Tak kan perigi yang kena cari timba, betul tak? Hahahha! Suka pulak aku :P:P Cha dah banyak kali kena complaint pasal hal ni, entah la dulu cha rajin tegur lelaki dulu, tanya khabar semua. Tetapi sekarang tak lagi. Cha tegur bila perlu sahaja. Ataupun Cha akan perhatikan lelaki itu daripada jauh. Biar la dia tak tahu. Biar la dia nak marah ke membebel cakap Cha sombong ke, tak reti na text dia dulu ke . asalkan Cha tahu yang dia okay dan sihat-sihat sahaja dari pandangan jauh :)


Belangkas ( Rimas lah I asyik-asyik nak berkepit! )
>> To Girls, even korang sayang mana dekat lelaki, setinggi gunung sekalipun, jangan cuba buat diorang rasa rimas sebab mungkin perasaan sayang lelaki dekat korang akan berubah menjadi bosan sebab korang asyik nak berkepit ja dengan dia! Ingat taw! Hahhh, lelaki pun sama! ececehhh :P:P


Memaksa ( Helloo, I suami You ke nak kena ikut semua arahan you?! )
>>Selalunya girls memaksa ada sebab, tapi biarlah berpada-pada :) Lelaki sangat-sangat tak suka tahu? :P


Ego ( Please la turunkan sikit ego you tu! sikit pun jadi lah I merayu :( )
>> Hahahah. susahkan dapat girl macam ni, Cha ada beberapa kawan perempuan yang cantik, tapi malangnya ego diorang memang tinggi. Kadang-kadang sampai kesian lelaki diorang buat. Cha pun ada juga kena tempias ego diorang tuh, tapi tak ada lah ego tinggi sangat macam KLCC . Sikit ja. Ego adalah satu perkara yang penting juga kadang-kadang supaya kita tak mudah nak dipijakkan kepala oleh someone yang bermakna :)

Okay itu sahaja. Have Fun Reading My Blog Yawww! :))

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)