Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Monday, October 11, 2010

Perangai Lelaki Minta "Heels" Perempuan!

Meh sini Cha nak kongsi dengan korang. Have Fun (!)

Meninggikan suara
>> Pernah "boyfriend" korang meninggikan suara terhadap korang? Wajarkah? Sepatutnya lelaki tak boleh nak meninggikan suara terhadap perempuan. Kadang-kadang meninggikan suara sebab nak menunjukkan egonya yang tinggi bak KLCC! Whoaaa! Dudes, please perempuan tak suka lelaki yang suka meninggikan suara terhadap mereka, Korang pun mesti tak suka kan kalau perempuan meninggikan suara kat korang? Heeeee


Kaki Control ( Mengalahkan bapak aku pulak! =.=" )
>>Ingat lah bahawa anda sebagai boyfriend hanyalah cukup sebagai boyfriend. Iaitu hanya untuk membahagiakan pasangan dan cuba untuk menjaga girlfriend dengan sebaiknya. Hendak ditegaskan di sini bahawa "mengongkong" hanyalah berhak dilakukan oleh ibu bapa perempuan tersebut. hehehee. Sorry kalau ada yang terasa ye, Cha pernah alami dan pernah dapat Boyfriend yang "KUAT" mengongkong. Aiyyooo. sangat susah. Memang lah mengongkong itu menunjukkan yang dia sayang pada kita. tapi kadang kala kita berasa "ANNOYING!"


Cemburu Buta
>> Sebagai contoh, kita nak kawan dengan lelaki pun tak boleh. Dulu sebelum "couple" , berlambak-lambak kawan lelaki. Pergi mana-mana ada saja orang tegur. kalau ada masalah ada saja kawan lelaki yang sanggup tolong. Sekarang bila dah ada boyfriend yang kuat cemburu, kita kena putuskan hubungan kawan dengan lelaki-lelaki yang ada. Akibatnya, kawan kita akan berkata "Eleehhh dia tuh, dah ada "boyfie lupakan kawan! tengok la dah clash nanti mesti cari kita balik punyerr!" So guys, please respect kehidupan girlfriend anda. jangan bagi semua orang membencinya disebabkan oleh anda


Kaki Merokok
>> Merokok boleh lagi, tapi kalau dah jadi perokok tegar apa nak buat? Nak bagi anak-anak cacat? Hehehe pasal hal kahwin pulak!:P Okay Cha tahu kalau couple mestilah nak kissing-kissing semua kan? bukan semua tapi ada yang buat. So lelaki please lah kurangkan merokok sebab anda pun tahu apa keburukan merokok bukan. salah satunya bau nafas. Perempuan akan rasa lebih selesa dengan lelaki yang tak merokok sebab mulut dia fresh gitu! hahahaha. bukan Cha yang cakap. memberr Cha yang cakap. :)


Pemain Kayu Tiga
>> Haaaa! lelaki seperti ni kita patut ikat dia ramai-ramai dan humban dia ke tengah lautan Pasifik! Jangan bagi pulang ke Malaysia! Hohohohohoh :P Kita patut bagi kasut heels berapa Inchi agak-agak ye? 10? 11? 12? hahaha bagi padan muka sama dia!


Suka Cuci Mata 
>> Kalau anda ada boyfriend yang suka cuci mata, anda basuh dulu mata dia dengan Clorox! hehe. Kepada lelaki, korang pun mesti tak suka kan kalau dapat girlfriend yang suka cuci mata. Bila dating je, suka sangat tengok lelaki :handsome: yang lalu depan korang.

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)