Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Sunday, October 03, 2010

Lelaki yang Baik

Entry kali ini Cha cuba nak berkongsi dengan semua followers tentang "LELAKI YANG BAIK" . Sebelum itu, Cha nak memohon maaf takut tersilap atau dah menyinggung perasaan lelaki di luar sana, sebab Cha menulis ini untuk diri Cha sendiri, untuk panduan Cha sendiri. Sebab belakangan ni, Cha tempuh macam-macam perkara, sampai Cha rasa takut.

Pertama ; Cha terserempak dengan mualaf India
Kedua ; Cha tengok video tentang "kiamat sudah dekat" . Video itu sangat bagus sampai Mum Cha sendiri suruh tengok banyak-banyak kali. Video tu bukan hanya berkaitan dengan Quran, malah pelajaran "Sejarah" yang kita belajar di sekolah, dan isu-isu semasa sekarang. OMG. Sangat takut sampai lepas Cha bangun dari tidur tadi, Perkara pertama Cha fikir ialah tentang video tu.

Lemme give you some tips about a good man ;

Seorang yang cemerlang
>>Tidak semestinya semua lelaki yang baik itu semuanya cemerlang, tapi kita boleh berpegang kepada prinsip "lelaki yang sibuk membina kejayaan untuk dirinya, tidak ada masa langsung untuk cinta-cinta ". Mana mungkin lelaki yang sibuk dengan pelajarannya dan inginkan masa depan yang cerah, boleh ada masa untuk mempermainkan perempuan. am i right, guys?

Kuat agama
>> Yang ni pun kita tak boleh percaya 100% . Sebab sekarang pun kita ada tengok ustaz yang buat jenayah kan, Tapi ini adalah salah satu lelaki yang baik. Lelaki ni boleh membimbing perempuan ke arah kebaikan. Sekiranya lelaki ni ada "partner" , dia tidak akan meminta sesuatu yang boleh merosakkan perempuan tersebut. Sebab dia ingin menjaga perempuan untuk dijadikan isteri. Macam teacher Cha kata, "sekali perempuan sudah beri sesuatu berharga kepada lelaki, Perempuan tu dah ada cop rasmi lelaki tersebut. Kalau perempuan tersebut mengahwini lelaki lain, kesian pada suaminya sebab dia tak dapat yang "fresh" . Hahahahha! pedas kan kata-kata tuh? 


Ambil berat kepada keluarga
>>Lelaki yang baik tak akan ada masalah dengan keluarganya. Keutamaannya adalah Tuhan, keluarga dan kerjaya. Dalam hal lain, kalau lelaki tu nak keluar dengan perempuan, dia akan berani berjumpa/ bercakap dengan orang tua perempuan tersebut untuk mengatakan yang dia keluar dengan anaknya. Hal itu menunjukkan dia berani mengambil risiko atas apa yang jadi ke atas perempuan tersebut. Haaaaa, yang ni la Mum cha selalu cakapp kat cha kalau Cha nak keluar.

Cha ; Mum, na keluar nanti dengan kawan
Mum; Dengan siapa? lelaki ke perempuan haaa?
Cha ; Lelaki
Mum ; Siapa dia? Meh kenalkan dengan mak dulu. Suruh dia datang rumah jemput kau. Boleh jadi tetamu mak juga.

Mum korang ada macam tu tak? Hahahaha! Geram juga kadang-kadang sebab kita dah terlambat tapi mum boleh pula melambatkan masa, tahu la dia risau kan. Tapi selalunya Cha tinggalkan number phone lelaki tu kat Mum. hahaha.

Itulah antara panduan mengenal lelaki yang baik. Bukan apa, cha cuma nak kongsi dengan semua. Cha akui dulu Cha lebih teruk daripada sekarang. Masa Cha "start" masuk tingkatan 2. Cha sudah mula rapat dengan lelaki. Cha dah jumpa pelbagai kawan lelaki. yang baik yang buruk. Tapi disebabkan perangai cha dulu, Cha pilih lelaki yang buruk. Sampai Mum Cha menangis pasal Cha sebab ada yang jadi kes polis. Cha juga seorang yang mudah terpengaruh. sangat-sangat mudah. Kalau hari ni cha sembahyang penuh 5 kali sehari, jangan terkejut kalau esok cha langsung tak sembahnyang.  Okayy stop! sampai situ saja akuan daripada saya. I hope i.ll find a goodman for my life ^^

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)