Thursday, December 21, 2017

#004


21 December 2017
6:00pm

This is the continuation from previous post #003

Now I’m still at the office. My inside is getting better here because there are many colleagues and works that can distract my mind. We had a good lunch today @Dakgalbi and after that we went to company’s potluck event. I ate durians. Jauh dalam hati bila tengok durian, rasa sedih. Sebab terus teringat pada dia. Durian untuk aku hadiahkan pada dia sudah busuk dah. Tempoyak musang king.

Otw back to office after lunch. Again he texted me. Saying that he is so sorry from the beginning of our friendship until now, and he will pray for my happiness. Maknanya apa? Dia nak lepaskan aku ke? Because I am with my friends, tak berapa terasa sangat hati perasaan yang sakit ni. Now as sun is going to set its shine, aku rasa takut untuk balik rumah. Takut kalau aku depression datang lagi.

Aku agak malam tu kelakuan dia macam tidak sensitive dengan kesedihan & luahan hati aku malah dia boleh marah, maybe sebab dia tengah happy dengan kawan-kawan dia. Now when his friends are not around, he feels guilty and finds me back.

Our social medias are still connected. Takda block. So I decided to stalk his facebook. Dia ada post satu his picture titled “Hamba Kerdil” There are more than 100 likes and I go through each one of the comment. Mata aku terhenti pada satu komen oleh kawan dia. Komennya itu attached sekali dengan gambar dia. Dalam gambar tu, dia sedang mengeluarkan puntung rokok bersama lighter di tangan untuk bersiap sedia menghisap rokok.

Perasaan aku sangat marah, kecewa, sedih, pilu.

Dia tipu aku.

Dia tahu aku ada penyakit asma. Dia berjanji untuk tak sentuh rokok/vape lagi. Malah dia pernah buat pengakuan pada aku yang dia dah lama tak sentuh barang tu.

Tapi harini Allah nak tunjuk. Dia kantoi.

Aku tidak tahu berapa banyak lagi ‘kejutan’ dia untuk aku. Sebab aku tak pernah berjumpa lama dengan dia dalam reality. Cuma sekali sahaja seumur hidup aku.

Apa lagi…Apa lagi yang aku tidak tahu? Apa lagi yang dia sorokkan dari aku?

Memang betul lah, aku bagaikan orang asing dalam hidup reality dia. Walaupun kami sudah berkenalan bertahun-tahun, namun aku tak kenal dia. Aku belum kenal dia lagi. Aku belum kenal dia lagi luar dan dalam dalam reality. Selama ni mungkin aku jatuh cinta dengannya dengan apa yang dia ‘hidang’ pada aku melalui phone/whatsapp sehingga aku mejadi sangat mencintainya…

Ya. Aku sangat mencintainya.. 


Ya Allah… tunjuk lah jalan pada hamba Mu yang hina ini.. Tenangkan hatiku..

#003



21 December 2017
9:00am

This is continuation of my previous post #002

It has been almost a week. I thought my inside is recovering to be better than yesterday, but it is not.

Aku menangis sebelum pergi kerja pagi tadi. Again & Again. Sambal dengar zikir Hafiz Hamidun. Berpuaka betul zikir-zikir Hafiz Hamidun. It really hits to the bottom of my heart.

He keeps on messaging me. Saying he loves me so much - I didn’t reply

He texted that he is on his way balik kampung - I only read it.

4:30 am in the morning, he texted again that he is already arrived, and please take care of myself.
I didn’t reply anymore to his message. It hurts so much.

I love him. Really love and miss him. But there is no more understanding between us.

Aku rasa dia hanya sayang aku through phone. Tapi dia tak berani dalam dunia reality.

Bila dalam dunia reality. Dia lari. Dia tak anggap aku sebagai kawan dia pun. Sebabnya, aku nak hantar durian + pulut ( kesian durian + pulut jadi punca) pun dia tak berusaha untuk menghargai usaha aku. Dia anggap aku orang asing dalam dunia reality.

This hurts me like hell.

Reading all his messages made me cry. I really wanted to reply, “kenapa kau seksa aku? Kenapa kau beri aku harapan tinggi menggunung tapi perbuatan kau dalam reality is nothing??”

Aku tahu aku tak harus bergantung punca kebahagiaan aku pada dia.

Cinta buat kita bodoh. Cinta buat kita sakit.

Aku ingin cari punca kebahagiaan lain. Aku nak bahagiakan mak selagi mak masih hidup.

Kasihan mak. Aku tahu mak perasan perubahan air muka aku selama seminggu ni. Tapi aku ambil keputusan taknak bercerita dekat mak. Sebab sudah tentu mak akan sedih. Selama ni aku hanya bercerita perkara yang baik saja pada mak.

Ya Allah. Aku pasti ada hikmah disebalik semua ni. Kau nak lindung aku. Kau simpan yang terbaik untuk aku. Berikan aku kesabaran yang tinggi. Jika dia bukan jodoh ku, redha kan lah aku untuk melepaskannya.

Aaminn..



Wednesday, December 20, 2017

#002



20 December 2017
08:00pm

This is the continuation of my previous post #001.

Selepas post semalam, aku sambung menangis. Sambil dengar zikir by Hafiz Hamidun, aku melihat langit malam yang gelap seolah-olah sama seperti hati perasaan aku. Aku ambil keputusan untuk menceritakan segalanya pada dia (lelaki yang aku suka) tentang sebab perangai ku berubah.

Dia berubah. Menjadi marah. Jika sebelum ini dia puas memujuk aku, kini mungkin dia sudah fed up kerana aku seperti sengaja memperbesarkan hal yang kecil.

Aku inginkan dia menganggap aku sebagai kawan-kawan yang lain. Aku merasakan diri aku tersangat asing baginya dalam dunia realiti. Aku merasakan hubungan kami tak normal. Aku hanya mengajaknya untuk berjumpa sebab aku ingn memberikan durian & pulut kepadanya. Dia sukakan durian dan pernah minta agar aku membawa durian dari temerloh. Durian musang king & D24 pulak tu.

Tetapi, dia tak menunjukkan semangat untuk menerima pemberian aku. Apatah lagi berjumpa aku. Hati aku berbolak-balik. Hati aku kuat mengatakan yang dia sebenarnya masih belum dapat menerima aku. Aku beranggapan segala kata-kata, janji-janji yang dia katakan melalui phone hanyalah untuk memberikan aku harapan tinggi menggunung, tapi when it comes to reality, it is nothing.

I want his action to speak louder than his word.

Pergaduhan kami masih bersambung sehingga 9:00 pagi sebelum kami berdua berangkat ke tempat kerja, Dia mengatakan “balik kerja nanti bincang, sekarang tengah kerja”. Aku setuju sebab kerja aku juga turut terganggu.

Aku tunggu lama.. Sampai 11:30 malam aku tunggu. Tiada panggilan/pesanan whatsapp daripadanya. Rutin malam ku masih sama. Menangis sambil dengar zikir. Aku berasa hati ku seperti ingin meletop. Aku hantar meseg ringkas “lama saya tunggu…” hanya one tick.

Jiwaku sudah semakin meruntun. Hati aku sakit. Pedih. Dan akhirnya setelah 30 minit dia membalas “Sorry sayang, abang terlupa. Sekarang dekat luar dengan Aiz** tadi pergi gunting rambut dekat Bangsar”

Tak mahukah dia menyelesaikan kemelut kami? Adakah dia menganggap depression aku terhadap sebagai perkara yang mudah? Bangsar sangat dekat dengan Segambut, kenapa dia tiada usaha untuk datang hanya mengambil durian? Ya nampak sangat remeh punca pergaduhan kami, celaka kau durian.

Aku menghantar meseg luahan hati yang aku sedih, aku anggap pergaduhan kami akan berakhir mala mini dengan perbincangan dua pihak. Dan lagi sekali dia marah. Sungguh, aku merasakan dia tak faham hati seorang perempuan. Yes! Lagi satu dia mengaku ya memang betul dia mengelak berjumpa dengan aku kerana aku terlalu memaksa.

Aku hanya ingin menghantar makanan kegemarannya. Makanan bukan boleh tahan lama pun.
Sekarang baru aku tahu kenapa hati aku berbolak-balik. Betul kata hati aku. Dia sengaja bekerja non-stop seminggu supaya mengelak berjumpa dengan aku. Aku balas setiap jawapannya. Kepala ku terasa terlampau berat. Mungkin kerana kesan ubat yang aku sengaja ambil agar aku mudah tidur, tetapi gagal. Aku terasa seperti mimpi buruk. Aku sudahi perbualan text kami dengan aku mengatakan aku ingin menyambung mimpi aku. Mimpi yang indah.

Keesokkannya, selepas waktu kerja aku menceritakan segalanya pada sahabat baik ku. Aku perlukan orang yang boleh mendengar luahan, kerana aku takut depression aku boleh buat aku gila.
Kawan aku yang sudah berusia 31 tahun yang aku pasti sudah banyak pengalamanya. Dia menasihatkan aku agar

  1.  Lelaki sepatutnya perlu faham dan banyak berkorban untuk hati perempuan, kalau dia betul betul sayangkan perempuan tu, dia pasti akan curi masa untuk perempuan.
  2. Lelaki apakah itu kalau kata nak berkahwin, tetapi bila ajak jumpa untuk bagi barang saja sudah mengelak. Seolah-olah macam kita perempuan nak ajak dia berzina.
  3. Kalau perhubungan itu membuatkan kita depress, percayalah hubungan itu tak baik untuk kita.
  4.  Cari sumber bahagia lain, jangan harapkan lelaki sebagai sumber kebahagian
  5. Cari ketenangan, berhenti berhubung sehingga si lelaki tu sedar akan kesilapannya. Kalau betul dia serius mahukan kita, dia pasti akan datang depan rumah, bersemuka dengan mak.
  6. Balik kerja, instead of duduk terperap dalam bilik, temankan mak. Tengok air muka mak. Bahagiakan mak yang sudah berpuluh tahun menjaga kita. Mak sanggup pindah ke KL dari kampung tinggal ayam itik (ok metaphore) untuk duduk teman kita bekerja di KL. So jangan bazir air mata untuk lelaki yang cuma kenal bertahun.

Lama sesi luahan perasaan aku. Aku sampai rumah pukul 8 malam. Usai solat maghrib dan disambung solat Isyak, aku turun bawah untuk makan bersama mak. Entah bagaimana, hati aku seperti sudah melepaskan bebanan yang berat. Aku berasa lega tiada lagi meseg pergaduhan, tiada lagi ingatan tentang pergaduhan. Aku berasa tenang.

Usai makan, aku naik ke atas untuk tidur. Tidur ku juga tenang. Alhamdulillah malam ni aku tak menangis. Wahai malam, bawalah pergi segala duka ku dibawa mimpi…

Keesokkan pagi…


Tinggg!!! Meseg masuk. Daripada si dia…. 


Monday, December 18, 2017

#001




18 December 2017
8:59pm

So I decide to write down one by one on everything that causes me to be extremely sad. It has been few days aku jadi terlampau sedih. Hati aku berbolak balik. Marah, sedih, kecewa, semuanya ada. Aku jadi tak lalu untuk makan, bekerja dan membuat semua perkara.

Wahai mata, cukuplah dikau mengeluarkan air mata berharga mu. Cukuplah menzalimi diri sendiri. Kulit muka jadi kusam, aku akan baring sambal dengar zikir Hafiz Hamidun ( as usual), dan air mata aku akan mengalir ke pipi tanpa perlu aku menutup mata. Menangis dalam diam. Sejam, dua jam, 3 jam sampai aku kepenatan dan tertidur.

Aku takut dan risau juga untuk meluahkan semuanya di blog ni. Yelah sekarang ramai majikan check status dan peribadi pekerja melalui sosial media. Tetapi aku tiada pilihan lain. Aku perlukan medium untuk meluahkan segala bebanan dalam hati ini! Aku tak nak depression aku menjadi lebih teruk. 

Aku sudah stabil dalam kerjaya, orang memandang ku sudah ada status dalam level social. Ada standard kononnya. Tapi mereka tidak tahu kehidupan peribadi ku yang bagaikan dedaunan yang berguguran ditiup angin. Jika ke barat arah angin, maka ke baratlah ia.

Sungguh…aku mencintai seorang lelaki. Terlalu mencintainya. Tentang keperibadiannya, hubungannya dengan pencipta dan keluarga serta rakan-rakan. Tetapi, dia juga hanyalah manusia biasa yang kadang-kadang terlepas pandang dalam memelihara hati dan perasaan aku.

Sejak ayah meninggal, cuma dia lelaki selepas ayah yang aku paling rapat. Aku menceritakan segala kebaikannya pada mak, saudara dan rakan-rakan. Tetapi, apabila aku disakiti, aku hanya mampu duduk diam dan pendam seorang diri kerana aku tak mahu orang lain menganggapnya buruk.

Ya! Salah aku! Aku seharusnya mencintai Allah melebihi segalanya. Sebagai fitrah manusia, aku ingin rasa dipedulikan, diambil perhatian, dijaga perasaan, aku hanya seorang anak perempuan yang sudah kehilangan ayah, dan sudah menginjak usia 25 tahun. Hanya aku dan mak. Ya aku anak tunggal. Aku dibebani dengan soalan bila mahu berikan cucu buat mak sudah semakin berusia. Desakan yang bertalu-talu membuatkan aku semakin mencintai lelaki tersebut. Ya aku yakin dia untuk aku!

Tapi…apabila kita sudah terlalu mencintai dan meletakkan harapan yang tinggi, the more we love people, the deepest their flaws to us.

Ya Allah, aku sujud dan pohon kepada-Mu

Peluklah aku…

Lindungilah aku…

Pujuklah hati ku…

Cintailah aku…hamba mu yang bergelumang dengan dosa…

Aminn…ya rabbal amin…





Friday, December 01, 2017

Bersyukurlah Wahai Diri



Assalamnualaikum =)

Aku ada satu habit kat sosial media. Aku selalu meluahkan perasaan yang aku rasa melalui Islamic quotes yang terkena dengan jiwa dan perasaan aku pada waktu tu. Air mata aku pun akan berjujuran mengalir ke pipi sambil post. Kawan- kawan selalu merasakan yang kehidupan aku ni sentiasa dalam mood sedih hahaha.

Bukanlah nak kata kehiduan aku selalunya sedih dengan air mata. Aku ada juga masa-masa happy, tapi aku jarang sangat share kat sosial media. Dulu selalu jugak share, tapi sekarang dah kurang share, sebab aku tahu bagaimana perasaan melihat kebahagiaan orang lain yang kita tak boleh kecapi. Aku takut kalau orang lain tengok kebahagiaan aku tu, diorang akan lagi sedih. Sebab aku sendiri pernah menangis bila tengok post-post kawan semua best-best tetapi keadaan kehidupan aku yang menyedihkan. Sebab tu aku sekarang jarang kat sosial media sebab untuk elak overthinking yang kenapa Allah tak bagi pada aku apa yag orang lain dapat.

Pada usia yang menganjak ke-24 ni sangat mencabar. Alam pekerjaan, alam perkahwinan, alam persahabatan, alam kekeluargaan. Nak minta duit kat mak dah malu, dah tahu betapa susahnya cari duit. Dah mula fikir pasal tanggungjawab. Dah mula fikir pasal pasangan. Aku mengaku aku terkesan tengok kawan-kawan happy dengan pasangan masing-masing dan anak-anak yang comel. Umur pada waktu ini sudah pasti aku memerlukan tempat bergantung, tempat mengadu suka duka aku. Bukan aku nak mengatakan mak bukan sebaik tempat mengadu, tetapi atas naluri aku sebagai perempuan, sudah pasti kadang-kadang aku ingin dimanjakan seperti anak kecil. Tapi aku anggap semua ni sebagai satu peluang untuk aku berbakti pada mak dengan lebih lama lagi. Since ayah pun lama meninggal, apa salahnya aku hidup berdua lama sikit bersama mak kan..

Aku suka baca IIUM confession. Banyak cerita-cerita kehidupan yang aku boleh ambil iktibar dan sekali gus menjadikan aku lebih bersyukur sebab rupa-rupanya ramai lagi yang lebih tak bernasib baik dari aku. Salah satu cerita yang membuatkan aku menagis bila baca adalah kisah seorang anak bongsu perempuan yang sanggup kerja kampung supaya dia dapat tinggal dekat dengan mak dia yang sudah uzur. Walaupun kehidupan tak semewah kawan-kawan yang lain, tidak bercuti ke sana ke sini, tapi dia bersyukur dan happy sebab hari-hari boleh tengok mak, boleh jaga mak dia. Walaupun bukan 100% sama degan kes aku, tapi aku dapat rasa betapa kuatnya kasih sayang dia pada mak dia, sampai kan dia sanggup mengorbankan masa depan dia yg cerah demi mak di kampung.

Aku masih belum berkahwin, dan aku tidak terdesak untuk berkahwin. Bak kata kawan aku..

“Yunis, Allah itu Maha Adil. Dia bagi rezeki pada kitaorang rezeki kahwin awal. Dan Allah bagi rezeki pada kau kerja yang baik tetapi rezeki kahwin belum sampai sebab Allah nak kau jaga mak kau puas-puas dulu”

Aku terdiam sambal memandu...

Sesampai tempat kawan aku, usai ucap selamat tinggal, aku menangis meraung seorang diri dalam kereta


Subhan Allah, Allahu Akbar, Alhamdulillah ya Allah =) 

Monday, August 14, 2017

The First 2017 Blog Post



Image may contain: 1 person, smiling

Assalamualaikum :)

This is my first post on my blogger in 2017 after I haven't posted anything for almost a year. My last post was on 28 Sept 2016 titled "Cara Saya Turunkan Berat Badan". Actually, I did lost my weight last year but I gained it back! LOL :D

Even though I rarely visit/post something on this lovely blog (yeah because now we have instagram that comes with live update, instastory, etc), but I noticed somehow people still read my blog posts :p Thank you so much and I'm so sorry I couldn't have time to reply to all of your comments :(

I've moved to the new company since January this year. It has been 8 months working here and I love my workplace. Alhamdulillah. I've known new colleagues, learnt new knowledge and technical skills. Oh yaaa, currently I'm doing business development (specifically in retail) and also assisting my superior in supervising ferry terminal operations in Puteri Harbour, Johor.

Nampak macam hidup ni smooth je sentiasa, tapi sebenarnya tak jugak as I cried few times this year. Sometimes, life has been so hard for me but I must keep on living it to the fullest. I also experienced minor depression that caused all my muscles to be tensed up, lucky I was afraid I would be crazy and I seek myself to see doctor. Doctor advised that I should do regular exercise to produce more sweat and release tension. Masalahnya setelah berbulan-bulan, sampai sekarang belum start exercise lagi HAHAHA :D

What else to update eh?

I've moved to a new house
I've two bestfriends #SYZhotchicks who will end their status as single ladies this year
My "kereta selam" is currently fully functional. Alhamdulillah
I've photogenic skills that can make all my photos look pretty whilst actually they're not! hahaha
I've been friends back with Ain. So #Trio is back. Alhamdulillah
I'm now called Mak Lang to my 5-month nephew #AdelWafiq #MakLangLovesYou
I'm now reaching my mid-20s
I'm planning to go Umrah next year with my mother, please pray for me
...
......
.........
..............
I think I've lost my writing skill! arghhhhhhhh

Okay lah. I think I should stop until here because tomorrow is the 2nd working day of the week (padahal dah takde idea nak cerita apa) hehehe

Goodnight earthlings! Assalamualaikum

xoxo


Wednesday, September 28, 2016

Cara Saya Turunkan Berat Badan

Sejujurnya sisthur bukanlah orang yang selayaknya untuk memberi nasihat tentang berat badan. Sebab sisthur pun sudah berkali-kali kecundang nak turun berat badan since daripada zaman sekolah lagi hahaha. By the way, this post is not meant to share how to kurus kan your badan sampai nampak skinny habis tau…this post is to share tips to girls yang teringin nak dapatkan berat badan ideal.

Reti kira tak berat badan ideal?

Ideal Body Weight = (Total Height (cm) - 100) – (15% x (Total Height -100 cm))

Let’s say tinggi awak 165 cm, so berat ideal awak adalah 56-59kg. Pergh nampak macam berat je kan untuk seorang perempuan.. But hello! Berat awak kena lah bersesuaian dengan tinggi awak. Jangan lah awak ikut berat 45kg, memang la awak rasa berat tu macam berat orang perempuan, but can you imagine tinggi you 165cm pastu berat you cuma 45kg. Boleh bayangkan tak kalau ada angin taufan melanda nanti?

Tapi kalau awak rasa 56-59kg macam berat, awak still boleh adjust sampai 51kg (tapi ni dah hampir masuk kategori underweight tau). Seelok-eloknya ikut lah Body Mass Index (BMI).

Sisthur punya tinggi 159.5cm. Berat paling tinggi yang pernah sisthur catat masa study dulu 70kg. Kauuuu hahahahaha. Tapi masa tu sisthur tak kesah sangat tapi kesah la jugak sikit-sikit hmm. Macam-macam sisthur buat tapi tak berjaya sebab tak konsisten. Sebab sisthur happy dengan kawan-kawan keluar makan sana sini. Pastu ada pulak kajian menunjukkan lelaki lebih suka perempuan chubby berbanding kurus sebab lagi comel, hmm lagilah semangat nak kurus faded hahahaha. Phuiii..
Tapi, sejak sisthur dah start kerja berat badan sisthur macam senang pulak nak turun. Sisthur takda buat pun Diet Atkins or Diet Kevin Zahri sebab sisthur tahu sisthur jenis orang yang susah nak konsisten. Sisthur pun nak turun kan berat badan slow-slow tapi asalkan konsisten. Ye laa kalau turun cepat-cepat bukannya nak kawen pun kan. So meh sini sisthur share apa yang sisthur buat sampai boleh turun -8kg dalam masa 4 bulan dan insyaaAllah nak turun lagi ihikss :p

1.       Minum sebanyak liter air (plain water)

Cliché sangat kan tips ni. But it works! Dulu sisthur masa study setiap bulan mesti demam 3 hari. Setiap bulan okay. Tapi since sisthur amalkan minum air selepas bangun tidur, sebelum makan, 30 minit selepas makan dan sebelum tidur, Alhamdulillah sisthur tak pernah demam teruk sangat selama beberapa bulan walaupun bermacam-macam ribut taufan melanda hidup sis Alhamdulillah body sis masih mampu bertahan. Bila rasa badan nak panas je, cepat-cepat minum air untuk control balik your body temperature. Tekak pun jarang-jarang sakit.

Berapa banyak air nak minum? 3 liter ke?
Tak.. lain berat badan lain liter air kena minum. Ingat ni!

Amount of water (liter) = Weight (kg) / 30

2.       Lauk & Sayur sahaja

Kalau rasa awak nak slow-slow turun berat badan, awak boleh ambil nasi sesenduk masa lunch. Kalau awak nak cepat turun berat badan, jangan ambil nasi langsung selama 2 minggu. Memang parah sikit weh hahahaha. Kadang-kadang rasa nak nangis sebab tengok nasi tu macam panggil-panggil nama kita! Seboleh-bolehnya cari geng “no rice” untuk 2 minggu ni. Insyaa-Allah selepas 2 minggu badan rasa ringan & korang pun takde lagi nak nangis cari nasi. Selalu lunch sisthur ambil ikan sekor & sayur / ayam seketul & sayur / nasi & sup sayur (kalau ngidam nasi). Jangan sentuh junk food, fast food, jajan2.. BIG NO. Banyakkan minum plain water.

3.       Zumba & Jogging

Dulu kat gym office sisthur ada buat Zumba Class masa Friday’s lunch break. Masa tu lelaki-lelaki semua pergi solat jumaat so perempuan-perempuan ni boleh la tertunggang terbalik melintang menegak meniarap sampai peluh keluar macam air hahaha. Tapi sekarang zumba kat office macam slow sikit dah. So sisthur zumba kat rumah kalau free. Sometimes sisthur jogging..Tapi sisthur tak konsisten sebab jogging ni kan bosan hehehe.

4.       Be a brokenhearted girl!

TIPS ni yang paling BERKESAN sekali! Kat atas tu sisthur ada cakap sisthur dah kurang buat zumba pastu sisthur beralih pada jogging tapi tak konsisten kan.. Apa yang sisthur perasan berat badan sisthur turun banyak gila bila sisthur sedih. Sejak sis masuk dunia kerja ni, ada 2 kejadian penting yang bagi impak tinggi kat sisthur. (1) Kereta kena banjir (2) Hati sisthur terluka wuuwuu.. Masa kereta banjir sebulan jugak la sisthur menangis, deal dengan service centre, perhabis duit, takde selera makan, pergi jugak kerja nak hilangkan kesedihan pastu balik rumah menangis balik, makan entah kemana, perut berbunyi nak makan tapi mata menangis lagi. Dalam sebulan lebih jugak macam tu. Berat sisthur hilang 5kg woo..
Lepas beberapa bulan, kejadian ke-2 pulak berlaku..pun lebih kurang sama. Hati sisthur dikecewakan. Bila teringat je sisthur menangis. Sisthur jadi takut nak balik rumah lepas kerja hahaha. Kalau dulu sisthur jogging sebab nak kurus. Kali ni NAK KURUS dah tak ambil peduli dah biar lantak! Sisthur jogging setiap kali balik kerja sebab nak buang segala kesedihan keluh-kesah dalam jiwa ni! Sambil jogging sambil dengar zikir “Ya Latif by Hafiz Hamidun” “Hasbi Rabbi by Khai Bahar” perghhh masa jogging tetibe mata macam rasa panas rupanya sisthur jogging sambil menangis. Masa berselisih dengan orang lain buat-buat macam tengah lap peluh hahaha! Terus terang cakap eh, bila kita tengah sedih gila cuba la jogging mesti kita akan rasa power badan kita bertambah macam kuasa kuda! Sisthur pusing tasik 10x sisthur buat sit up 100x. Kaki sisthur rasa sakit tapi hati sisthur lagi sakit! Semua ni sisthur buat sebab sisthur nak cepat penat..so that bila sisthur balik rumah lambat (sebab jogging), sisthur terus mandi solat pastu tertidur. Itupun sisthur sempat nangis lagi hahaha. Sisthur lapar jugak tapi sisthur takde selera makan sebab hati sisthur lagi sakit daripada perut yang tengah berkeroncong minta makan. Hmm. Sisthur aniaya  diri sendiri.

“Allah remukkan hati hamba-Nya berkali-kali sehingga hamba-Nya dah takde harapan selain hanya BERHARAP kepada ALLAH”. Ya Allah…

5.       Before 7

Sekarang sisthur dah okay sikit. Sisthur start makan malam, but make sure before 7pm ok! Menu selalu sisthur ambik Bihun Kungfu (sedapnya tapi kalau boleh elakkan makanan bertelur!), Bihun Tomyam Campur (sedapnya! Recommended!), Bihun Goreng Singapore (sedapnya!). Kadang-kadang terbabas jugak makan Roti Canai sekeping sebab kedai tu punya roti canai sedap sangat hahaha. As usual, air mesti plain water k! No sugar! No ice!

6.       Jangan fikir sangat nak kurus. Kurus tak semestinya sihat.

Dah ramai orang sekeliling tegur sisthur. Seluar makin longgar, badan makin kecik cuma tak pernah lagi kena tegur pipi sisthur makin kecut hmmm. Ada yang siap cakap buat apa nak kurus lagi awak tu memang dah kurus.. Ada jugak yang tegur eh Yusnidar awak sakit ke? Awak makin kurus sekarang.. So I can conclude here, yang sisthur sebenarnya dah kurus tapi orang nampak macam kurus sakit. Hmm.. Maybe sebab mata sisthur. Bulu mata sisthur sebenarnya agak panjang & curly (original without mascara ye..eh macam riak pulak sorry hahaha) tapi disebabkan bawah mata sisthur lebam so orang lain ingat sisthur tengah sakit.. Puas dah sisthur adjust mata ni bagi ada celak sikit bagi mata ni nampak besar sikit semata-mata untuk tutup kesan darkcicle tapi.. hmm.. Dem.. Dari sini sisthur realize tak guna pun kalau kita berusaha nak kurus tapi orang nampak macam kita ni sakit. Lebih baik jiwa raga happy perasaan gembira badan pun sihat.. Tapi sekarang Alhamdulillah my eyes are getting better. 

Monday, August 29, 2016

Part-Time Home Tutor

Hi and Assalamualaikum,

Untuk makluman pembaca-pembaca (eh ada lagi ke pembaca hehe), saya ada menyediakan perkhidmatan private home tutor untuk pelajar UPSR, PT3 dan SPM pada hujung minggu (Sabtu & Ahad) atau sebelah malam (selepas waktu bekerja).

Antara subjek-subjek yang boleh diajar:

  1. Matematik
  2. Matematik Tambahan
  3. Bahasa Melayu
  4. Bahasa Inggeris
  5. Akaun
  6. Sains
Antara kawasan yang diajar:
  1. Segambut
  2. Kepong
  3. Petaling Jaya
  4. Gombak
*other teaching areas will be considered, insya-Allah depending on the availability :')

If you're keen to know more about me, you can drop me an email at yusnidar.usman93@yahoo.com and I'll give you my resume for your perusal ^^

Thank you so much. 

Ni laa muka cikgunya... Comel tak? Haha!